Bebola Keledek Mata Hatiku
250 gm keledek
1 sb tepung ubi
3 sb tepung gandum
1 sb gula pasir
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa
1. Keledek direbus ataupun dikukus. Toskan, dibuang kulit dan dilecek atau dikisar hingga halus.
2. Masukkan tepung ubi, tepung gandum, gula pasir dan garam. Gaulkan hingga menjadi doh.
3. Buatkan bebola. Besar ikut suka.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Kalau suka, boleh digolekkan ke dalam bijan dan digoreng hingga garing.
No comments:
Post a Comment