Sunday, January 10, 2016

Mee Hongkong



200 gm mee kuning

100 gm tauge
3 pokok sawi
10 biji fish ball/fish cake
1 ulas bawang putih - dicincang
2 cawan stok ayam
1 sb tepung jagung + 1 sb air
1 pokok daun bawang
cili jeruk/cili hijau/cili padi
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan perapan untuk daging :
100 gm daging
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2" halia - diparut atau dicincang halus
1 sb kicap cair
1 sb sos tiram 
1/4 st fish sauce
sedikit serbuk lada sulah

1.  Daging dipotong nipis.  Digaulkan dengan bawang putih, halia, serbuk lada sulah, kicap cair, sos tiram dan fish sauce.  Perapkan dalam 20 minit.

2.  Panaskan minyak masak dan tumiskan sebahagian bawang putih cincang tadi hingga wangi dan sedikit kekuningan.

3.  Masuk daging.  Tumiskan sekejap sehingga daging bertukar warna.  Masuk pula stok ayam dan biarkan ia mendidih.  Kuatkan sedikit api.

4.  Masuk fish ball/fish cake, sawi, celery dan carrot.  Biarkan seketika.

5.  Bila hampir mendidih, masukkan sos tiram, kicap cair, serbuk lada sulah, fish sauce dan bancuhan tepung jagung.  Biarkan mendidih lagi.


6.  Akhir sekali masukkan mee dan tauge.  Kacau-kacaukan sedikit dan angkat.  Atau boleh juga mee dan tauge dimasukkan dahulu ke dalam mangkuk hidang, kemudian baru dituangkan kuah itu ke dalam mangkuk mee.

7.  Taburkan dengan bawang goreng, daun sup dan cili jeruk atau cili hijau/cili padi potong.




No comments:

Post a Comment