450 gm mee kuning
100 gm tauge
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sb cili flakes
1 keping fish cake - dipotong nipis
2 keping tauhu - digoreng dan didadu
3 pokok sawi/brokoli
1 batang carrot - dipotong ikut suka
2 pokok daun sup/bawang - dihiris
Bahan Sos :
1 sb kicap cair
1/4 st kicap pekat
1 sb sos tiram
1/4 cawan stok ayam/daging
secubit gula pasir
Bahan Perapan Daging :
100 gm daging - dipotong nipis
1 sb kicap cair
1 st sos tiram
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
1. Gaulkan semua bahan perapan daging dan biarkan lebih kurang 20 minit. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan ia hingga daging garing. Keluarkan daging dan ketepikan.
2. Dalam bekas minyak menggoreng daging tadi, tumiskan bawang putih hingga keperangan.
3. Masukkan tauhu, fish cake dan cili flakes. Goreng sekejap dan barulah dimasukkan carrot, sawi dan campuran bahan sos. Biarkan seketika.
4. Masukkan pula mee dan daun sup/bawang. Gaul-gaulkan sehingga nampak kering sedikit.
5. Akhir sekali masukkan tauge, daging goreng tadi dan tambah garam jika perlu.
No comments:
Post a Comment