1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan fish sauce
1 biji limau nipis
3 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1. Cili padi dibuang bijinya dan dicincang halus. Bawang putih juga dicincang halus.
2. Didihkan air bersama gula sehingga gula larut.
3. Masukkan pula fish sauce. Masak lagi hingga mendidih. Fish sauce ini mempunyai bau yang agak kuat. Setelah dididihkan, baunya tidaklah kuat sangat. Tutup api.
4. Kemudian masukkan cili padi dan bawang putih yang dicincang tadi.
5. Akhir sekali perahkan jus limau nipis ke dalamnya.
Sos ini sememangnya cair dan jernih. Sos inilah yang digunakan untuk mencicah popia vietnam dan lain-lain.
Mula-mula tengok sos ni dulu pun aku macam tak minat. Tapi bila dah cicah dengan popia atau apa saja....haishh memang sedap.
No comments:
Post a Comment