1 paket sohun
1/2 cawan ikan bilis
1 sb jintan putih
1 keping tauhu
7-8 tangkai kacang buncis
2 batang serai - dihiris
3 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak
Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
sehiris halia
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis dan sohun berasingan hingga sohun kembang. Sohun tu mestilah dalam keadaan kering sebelum digoreng dan toskan.
2. Tauhu dipotong dadu dan digoreng. Toskan
3. Tumis pula bahan kisar hingga garing. Masuk jintan putih dan serai. Goreng sekejap dan kacau hingga rata.
4. Bila cili dah hampir kering, masukkan tauhu, kacang buncis, daun limau purut, gula dan garam.
5. Akhir sekali masukkan sohun dan ikan bilis goreng. Gaul rata.
No comments:
Post a Comment