1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan rolled oats
1/2 cawan bijan putih
2/4 cawan gula castor
120 gm unsalted butter
2 sb gula pasir
1 sb air panas
1 st soda bikarbonat
1. Ayak tepung dan serbuk koko di dalam mangkuk besar.
2. Masukkan oats, bijan dan gula castor. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan 2 sb gula pasir ke dalam periuk kecil dan dijadikan gula hangus. Masak dengan menggunakan api kecil. Kemudian masukkan butter dan dikacau-kacau sehingga butter itu larut. Tutup api. Sementara itu larutkan soda bikarbonat ke dalam air panas lalu dicampurkan ke dalam larutan butter tadi perlahan-lahan.
4. Kemudian tuangkan larutan butter itu ke dalam campuran tepung tadi dan digaul hingga sebati. Jika adunan terlalu berderai, gaulkan dengan sedikit lagi butter (tak perlu dicairkan). Tutup adunan dengan kain lembab ataupun dengan wrapping plastic.
5. Ambil sedikit adunan itu, bulat-bulatkan dan dileperkan sedikit. Susun di dalam loyang biskut yang telah dialas dengan kertas baking. Jangan susun terlalu rapat kerana biskut ini akan mengembang macam buat coklat chip. Bakar pada suhu 160C selama 15 minit.
Bila biskut masak, biarkan biskut sejuk seketika di dalam loyang. Pada masa ini biskut masih lagi lembut dan tujuan membiarkan ia seketika adalah bagi biskut itu mengeras dengan sendirinya.
No comments:
Post a Comment