2 biji terung bulat
1 biji/100 gm capsicum merah - didadu
1 biji/100 gm capsicum kuning/hijau - didadu
200 gm daging cincang
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 tin sup tomato Kimball
garam secukup rasa
1. Terong dipotong lebih kurang 1/2" tebal. Rendam terung dalam air garam.
2. Panaskan minyak dan goreng capsicum sehingga nampak layu. Capsicum tu nak pakai 3 warna pun boleh. Bila dah layu, ketepikan.
3. Tumis pula daging cincang, bawang dan sup tomato. Angkat.
4. Susun terung dalam mangkuk tahan panas. Lepas tu taburkan capsicum yang digoreng tadi diikuti dengan kuah daging cincang. Lapiskan lagi baki terung dan ulang lagi seperti lapisan tadi.
Bakar 30 minit dan boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment