Saturday, December 24, 2011

Ubi Getuk







300 gm ubi kayu
2 liter air
3/4 cawan kelapa parut putih
garam secukup rasa

1.  Ubi kayu dimasukkan ke dalam periuk bersama air dan garam. Rebus ia  hingga betul-betul lembut dan ubi kayu merekah dengan sendirinya.  Toskan.



2.  Ubi kayu itu dilecek atau ditumbuk hingga hancur.  Tinggalkan sedikit yang tidak terlalu hancur.

3.  Gaulkan ubi kayu yang telah dilecek itu dengan kelapa parut dan garam.

4.  Masukkan ubi kayu yang telah hancur itu ke dalam acuan/loyang dan ditekan-tekan sampai padat.  Sebelum itu alaskan dasar acuan/loyang itu dengan daun pisang atau plastik supaya mudah dikeluarkan nanti.  Ratakan bahagian atasnya dengan daun pisang.

5.  Akhir sekali potong-potongkan ubi getuk itu dan bolehlah dihidangkan.




Friday, December 23, 2011

Bingka Ubi Kayu Dulu-Dulu


3 cawan ubi kayu yang telah diparut
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan santan pekat
garam


1.  Ubi kayu yang telah diparut itu perlu ditapis airnya atau diperah dengan kain.

2.  Campurkan semua bahan dan gaulkan hingga sebati.  Kalau tak nak guna gula merah, gunakan gula pasir sahaja dan boleh dimasukkan sedikit pewarna kuning bagi mendapatkan warna yang menarik.

3.  Sapukan sedikit minyak pada loyang kuih dan masukkan adunan tadi.

4.  Bakar lebih kurang 1 jam pada suhu 180C atau sehingga bahagian atas kuih nampak garing.  


Yang ini, garing biasa-biasa aje dan bahagian atas bingka akan kelihatan rata sahaja.

Satu lagi...kalau nak yang garing sangat dan memang aku cukup suka...yang macam ini.  Dulu-dulu orang bakar bingka memang macam ni yer....dulu-dulu tu maksud aku time-time nenek-nenek kita buat kuih ok...



Bila garing sangat, bahagian atas bingka tu akan nampak melengkung ke dalam sedikit.  Garingnya pula bukanlah keras atau liat...masih lagi lembut.  Tak taulah nak cakap macamana...hahahaha.  




Mee Sup Ikan Bilis



120 gm ikan bilis tamban
1 liter air
5 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
100 gm tauge - disiram dengan air panas
3 keping fish cake
3 tangkai sawi
2 biji telur
2 tangkai daun sup - dihiris halus
bawang goreng secukupnya

1.  Basuh ikan bilis dan rebus ikan bilis itu hingga sekali mendidih sahaja.  Jangan masak lama sangat sebab air rebusan itu akan jadi pahit.  Kemudian ditapis airnya untuk dijadikan sup.



2.  Telur dipukul dan didadar nipis.  Gulungkan dan potong nipis.

3.  Panaskan minyak.  Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kuning dan naik baunya.

4.  Masukkan fish ball, fish cake dan air rebusan ikan bilis tadi.  Bila mendidih, masukkan sawi.


6.  Masukkan mee dan tauge dalam mangkuk.  Tuangkan kuah sup tadi.  Taburkan dengan telur dadar, daun sup dan bawang goreng.


7.  Makan dengan cili padi potong yang telah dicampur dengan kicap.

Masakan ni tak gunakan garam.  
Ikan bilis yang direbus tadi tidak digunakan lagi, yakni dibuang aje.  


French Fries


Bila tengok rupa french fries atau kentang goreng ni macam senang je nak buatnya kan.  Potong-potong dan goreng.  Letak perasa sikit dah boleh ngap.

Tapi rupanya aku silap.  Dah berkali-kali buat hasilnya tetap mengecewakan.  Belum sempat makan dah lembik.  Bermacam-macam cara aku cuba.  Ada yang kata rendam dalam cuka dulu.  Ada yang kata kena goreng 2 kali. Ada yang kata rebus dulu.  Ada yang kata sejukkan dalam petisejuk dulu.  Ada yang kata kena keringkan dulu betul-betul.  Ada yang kata kena letak tepung dulu.  Lepas dah ikut step-step itu boleh terus goreng aje macam biasa dalam minyak panas.

Semua kaedah aku cuba tapi hasilnya luaran aje nampak cantik.  Tapi bila makan, hmmm kelaut.



Rahsia sebenar yang paling utama adalah kepanasan minyak.  Bukan sekadar panas macam kita goreng kerepek tu.  Tapi minyak tu kena betul-betul panas sampai nampak berasap sikit.  Bukanlah sampai minyak tu jadi hitam ye.  

Kalau ada penyukat suhu lagi senang.  Tapi tak kuasa nak pakai tu sume.  Cuma kena pastikan minyak tu kena panas berasap.  Barulah kentang tu garing di luar, lembut di dalam.


500 gm kentang russet
1 liter minyak
sedikit garam

1.  Kentang dikupas kulit.  Dipotong jejari memanjang.  



2.  Basuh kentang itu berkali-kali hingga jernih air basuhannya.  Toskan hingga betul-betul kering.






4.  Panaskan minyak hingga betul-betul panas.  Kalau tak berapa panas, kentang itu akan menyerap minyak dan kentang itu akan cepat lembik lepas digoreng.  

Masukkan kentang itu dan gorengkan hingga garing kekuningan. Toskan dan ditabur garam,serbuk cili dan serbuk oregano.






Thursday, December 22, 2011

Mee Bandung




Aku jamu Farah dan Intan serta familynya malam ni dengan Mee Bandung, Puding Roti Marble dan cempedak goreng.  Tengah musim cempedak sekarang ni.  Banyak dijual di Hulu Langat ni. 



400 gm mee kuning 
100 gm tauge 
10 ekor udang
100 gm daging 
1 sb sos tiram
20 biji fish ball
5 keping tauhu - digoreng dan potong nipis
4 biji cili hijau - dihiris
5 pokok sawi
2 pokok daun sadri
5 biji limau kasturi
2 biji telur rebus
1 cawan bawang goreng
3 sb minyak untuk menumis

Bahan kisar :
10 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
2 cawan udang kering (rebus dengan 1 cawan air)
sedikit gula pasir


1.  Mee kuning dicelur dengan air panas.  Toskan.  Daging direbus dan dipotong nipis.  Air rebusan daging disimpan.  


2.  Tauhu digoreng dan dipotong nipis.  Cili hijau dan daun sadri dihiris.  Sawi dipotong-potong dan dicelur.

3.  Udang kering direbus dengan 1 cawan air.  Kisarkan semua bahan kisar bersama air rebusan udang kering tadi.



4.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.  Jangan sampai garing.

5.  Masuk sos tiram, fish ball, udang dan daging.  Biar seketika.

6.  Masuk air rebusan daging dan air secukupnya untuk kuah mee.  Akhir sekali masuk garam.  Biar mendidih.



7.  Letak mee, taugeh dan sawi dalam mangkuk.  Tuang kuah mee di atasnya.  Taburkan dengan cili hijau, daun sadri, tauhu goreng dan bawang goreng.

Kalau nak masuk telur, pecahkan telur masa kuah tu sedang mendidih.  Untuk sorang-dua makan bolehlah dilayan macam tu.  Tapi kalau nak hidang macam ni, tak payahlah kecuali guna telur rebus.  Isi-isi dalam mee tu, ikut sukalah.





Wednesday, December 21, 2011

Puding Roti Marble

resipi asal : Hana,myresipi


10 gm serbuk agar-agar
4 keping roti putih
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
1/2 cawan gula
2 sb marjerin - cairkan
3 1/2 cawan air
2 sb koko (bancuhkan dengan 1 sb air)
1 st esen orange/vanila

1.  Kisarkan roti, susu pekat, susu cair, telur dan 1/2 cawan air. Ketepikan.



2.  Didihkan 3 cawan air.  Masukkan serbuk agar-agar dan gula. Masak hingga semua bahan larut.



3.  Masukkan esen orange/vanila dan marjerin cair tadi dan tutup api.  Gaul rata.

4.  Bahagi adunan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian dimasukkan serbuk koko.

5.  Basahkan acuan dengan air.  Ambil 1 senduk kecil adunan putih daulan letak di bahagian tengah acuan.



6.  Ambil pula 1 senduk kecil adunan coklat dan letakan di bahagian tengah adunan putih tadi.

7.  Buat hingga habis berselang-seli seperti marble.  Biarkan sejuk, kemudian baru dimasukkan dalam peti ais.



Proses memarble tu perlu dilakukan sepantas mungkin sebab puding ini mudah membeku.  Puding ini boleh dimakan begitu saja atau dengan sos. 



Bahan sos :
1/2 tin susu cair
1 cawan air
3 sb gula
1/2 sb tepung kastad
garam

Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati dan dididihkan sekejap.




Ikan Bilis & Fish Ball Goreng





10 biji fish ball
1 cawan ikan bilis
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
1/2 biji capsicum kuning
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/4 cawan minyak
secubit lada sulah

garam secukup rasa 

1.  Ikan bilis dibasuh dan toskan.  Fish ball dipotong dua.  Capsicum merah, hijau dan kuning dipotong dadu.  Bawang besar dan bawang putih dihiris.

2.  Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.  Toskan.

3.  Bekas minyak menggoreng ikan bilis tadi ditumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

4.  Kemudian masukkan fish ball dan goreng sekejap hingga fish ball itu nampak garing sedikit.

5.  Masukkan pula capsicum merah, hijau, kuning dan lada sulah.  Masak lagi hingga keharuman capsicum itu naik.  Masuk garam jika perlu sebab ikan bilis memang dah masin.  Tutup api.

6. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng.  Gaulkan.





Hadis Palsu Mengenai Adab Memotong Kuku (Wallahualam)

 

 From : http://www.ceritaindahkami.com/ 


Rasanya ramai yang pernah membaca tentang adab memotong kuku macam kat bawah ni, malah ramai juga yang publish di blog.. Bukan itu sahaja, dari kecik lagi, saya sering diingatkan oleh kedua ibu bapa untuk potong kuku pada hari-hari tertentu sahaja.. Tapi adakah yang kita amalkan tu bertepatan dengan sunnah? Adakah hadith yang diberikan itu sahih?





RAHSIA MEMOTONG KUKU:


RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

 *HADIS TERSEBUT PALSU DAN TAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH*
  
Berikut adalah jawapan dari SINI:
Berdasarkan pencarian beliau, ini yang diketemui:

من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، 

ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب
Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."


Darjat Hadith

1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net 
al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:
من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة

Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh. 


al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."


Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata:

 "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Kesimpulan:

1. Hadis Memotong kuku mengikut susunan adalah dhaif/palsu.
2. Apa yg thabit/sahih adalah memulakan dengan tangan kanan atau kaki kanan berdasarkan hadith Aisyah yg menceritakan Nabi SAW sentiasa mendahului perbuatan dgn tangan kanan, termasuk menyikat rambut.

Aisyah Ummul Mukminin beliau mengatakan,
"Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam suka mendahulukan yang kanan ketika bersuci, menyikat rambut dan memakai sandal." (HR. Bukhari dan Muslim)
3. Islam mengutamakan kebersihan untuk ummatnya. Maka memadai dengan apa yg diajarkan oleh Rasulullah SAW berkenaan kebersihan berdasarkan hadis soheh, tidak perlu menjadikan hadis dhaif sebagai hujjah untuk kita beribadah. 


Monday, December 19, 2011

Nasi Goreng Tomyam


Sejak sebulan-dua ni aku macam tak ada semangat nak masak.  Ada beberapa hal peribadi yang menganggu emosi aku.  Selagi kita bernafas, selagi itulah masalah takkan pernah lekang dari hidup kita.  Antara tabah dengan tidak aje untuk hadapi semuanya. 

Tetiba pulak pagi ni, aku terajin sikit masak kek dan nasi goreng untuk ku bawa ke tempat kerja bagi dikongsi dengan staf-staf aku. 



Bahan-bahan sayur dan lauk dalam nasi goreng apapun, ikut suka hati memasing.  Nama-nama nasi goreng pun kebanyakkannya mengikut bahan atau rasa nasi goreng itu.  Kalau guna belacan, namanya Nasi Goreng Belacan, kalau rasa cili padi yang pedasnya sampai rasa macam keluar asap kat hidung dan telinga, namanya Nasi Goreng Cili Padi dan bla..bla..bla..

500 gm nasi sejuk
1 sb pes tom yam
1 sb cili kisar
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
3 batang serai (diketuk dan disiat-siatkan)
10 ekor udang
2 ekor sotong
2 sb air rebusan daging
6 helai daun limau purut
3 sb minyak untuk menumis
2 pokok daun ketumbar - dihiris
3 biji cili padi - dihiris
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.

2.  Masukkan pula pes tomyam, cili kisar, serai dan separuh daun limau. Tumis lagi hingga garing.  





3.  Masukkan udang, sotong dan air rebusan daging.
 

4.  Bila udang bertukar kemerahan barulah dimasukkan nasi sejuk.  Gaulkan hingga rata dan masak lagi dalam 5 minit.

5.  Akhir sekali masukkan garam dan baki daun limau purut.  Tutup api.

6.  Masa menghidang taburkan bawang goreng, cili padi hiris serta daun ketumbar.








Kek Kopi & Oat



Dah bertahun-tahun aku tak buat kek ni.  Semasa menyelak2 buku resipi lama, terpandang aku akan resipi kek ni.  Memandangkan hari ni aku masuk kerja lewat sikit, bahan pun ada di rumah, maka aku buatlah kek ni.  Aroma mocca coffee menusuk hidung tatkala membakar lagi.

125 gm mentega/butter
120 gm gula halus
3 biji telur
80 gm tepung gandum
1/2 st baking powder
80 gm oats
2 sb serbuk mocca coffee

1.  Pukul mentega/butter dan gula hingga kembang.


2.  Masuk telur satu persatu sambil dipukul perlahan.


3.  Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder.  Gaul rata.


4.  Akhir sekali masukkan oats dan kopi mocca.  Gaul sebati.
5.  Masukkan adunan dalam acuan yang telah disapu dengan 
mentega dan dialas dengan kertas baking.


6.  Bakar adunan pada suhu 175C / 350F.



Saturday, December 17, 2011

Spaghetti Goreng Malaya




200 gm spaghetti
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
10 biji fish ball
1/2 biji capsicum
1/4 st lada hitam
1/2 st cili flakes
1 pokok daun ketumbar
2 sb minyak zaitun
garam secukup rasa
sedikit serbuk oregano



1.  Spaghetti direbus dan ditoskan setelah direndam sekejap dalam air sejuk.  Gaulkan dengan sedikit butter supaya tidak melekat.

2.  Bawang besar, bawang putih dan cili merah didadu kecil. Capsicum pula didadu besar.

3.  Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga kekuningan.   

4.  Masukkan lada hitam, fish ball dan capsicum.  Tumis sekejap dan masukkan spaghetti serta garam.  Gaul-gaulkan hingga rata.

5.  Bila menghidang, taburkan cili flakes, oregano dan daun ketumbar.





Friday, December 16, 2011

Tauhu Sumbat Ayam Goreng




5 keping tauhu
200 gm isi ayam
4" timun 
4" carrot
100 gm kobis 
2 sb tepung rangup
sedikit mayonis
sediki sos cili thai


1.  Tauhu digoreng dan dipotong dua dan dibelah dibahagian tengah.  Keluarkan sedikit isinya.  Kalau tak nak keluarkan isinya pun tak apa.

2.  Timun, carrot dan kobis diparut atau dihiris halus.



3.  Isi ayam dipotong nipis dan kecil.  Lumurkan ayam itu dengan tepung rangup yang telah dibancuh seperti beter bersama sedikit garam lalu digoreng.  



Kemudian dicarik-carikkan ayam goreng itu.


4.  Sapukan mayonis dan thai sos ke dalam tauhu dan dimasukkan isi ayam goreng tadi bersama timun, carrot dan kobis.