1 kilo kerang
1/2 cawan cili boh
1 biji bawang besar - dihiris
1/4 cawan air asam jawa
1/4 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" belacan
1. Masukkan kerang, air, serai dan garam kasar ke dalam periuk. Air rebusan itu biarlah lebih 1" dari paras kerang itu. Rebus kerang hingga mendidih atau hingga bila ada kerang yang telah terbuka. Bila masak, toskan dan keluarkan isinya.
2. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan cili boh.
3. Bila cili sudah pecah minyak, masukkan isi kerang, air asam
jawa dan garam.
4. Bila mendidih dan sambal hampir pekat, masukkan bawang
besar. Didihkan sekejap dan tutup api.
No comments:
Post a Comment