Resipi ini tidak menggunakan bawang dalam rempahnya.
Mula-mula baca resipi macam tak percaya je, takde guna bawang tapi tak salah kalau mencuba.
1 cawan santan
1/4 cawan bawang goreng
sedikit air asam jawa**
garam secukup rasa
Bahan kisar :
3 sb cili boh
2 sb ketumbar biji
20 gm lengkuas
3 batang serai
10 gm halia
2" kunyit hidup
2 biji buah keras
1. Tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan santan, ayam, air asam jawa dan garam. Masak
hingga kuah pekat.
3. Kemudian diambil seketul ayam bersama sedikit sambalnya
dibungkus dengan aluminium foil. Satu ketul ayam satu bungkus. Lalu dibakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 180C.
Kalau tidak masukkan aje ayam dan sambalnya ke dalam magic-pan dan panggang hingga masak.
4. Semasa menghidang, taburkan dengan bawang goreng.
**Untuk masakan ini aku tak gunakan air asam jawa atau asam keping sebab cili boh jenama "Cili Giling" yang aku guna ni dah memang ada asam dalam campurannya.
Kerangupan bawang goreng memberikan rasa yang enak pada resipi ini.
No comments:
Post a Comment