Sunday, January 6, 2013

Marble Cheese Brownies



Bahan untuk Brownies :
250g butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
1 1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1 st esen vanila

1.  Ayak tepung + baking powder + soda bikarbonat.  Ketepikan.
2.  Cairkan butter.  Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
3.  Pukul gula dan telur.  Masukkan dalam adunan butter dan koko tadi dan kacau hingga sebati.
4.  Masuk susu cair dan esen vanila dan kacau lagi.
5.  Akhir sekali masukkan tepung dan digaul hingga sebati.
6.  Grease loyang 10" x 10" dan lapikkan dengan baking paper.  Pastikan baking paper berlebihan di dua belah loyang supaya mudah mengeluarkan brownies.
7.  Tuang adunan brownies dalam loyang.  Tinggalkan sedikit lebih 
kurang 2 sb untuk dibuat corak.
8.  Bakar pada suhu 175C selama 20 minit menggunakan api atas
dan bawah.

                                        dah gelap sikit pulak

Bahan-bahan lapisan cheese :
250 gm cream cheese
1 cawan gula castor
1 biji telur

1.  Pukul cream cheese hingga gebu.
2.  Masukkan gula dan pukul hingga sebati.
3.  Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

Selepas keluarkan brownies dari oven, tuangkan adunan cheese dan ratakan.  Paipkan baki adunan brownies tadi ke atas lapisan cheese dan corakkan.  Kemudian di bakar lagi selama 20 minit atau sehingga cheese masak.  Rendahkan sedikit suhu pada 150C supaya permukaan cheese tidak nampak terlalu kekuningan.  Biarkan sejuk sebelum dipotong.  

Kalau simpan dalam peti ais ia akan lebih mudah memotongnya. Gunakan pisau plastik.





No comments:

Post a Comment