Saturday, March 5, 2011

Sambal Tumis Ikan Bilis





1 cawan cili kisar
1/4 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar - dihiris
1 sb asam jawa + 3/4 cawan air
1/2 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb belacan

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.

2.  Masuk cili kisar dan tumis hingga garing.

3.  Masuk air asam dan garam.  Tumis hingga pecah minyak.

4.  Akhir sekali masuk ikan bilis dan bawang besar.  Masak lagi hingga bawang layu tapi jangan terlalu kering.  Semasa menunggu ia pecah minyak, sambal mungkin menjadi sedikit kering.  Jadi bolehlah ditambah sedikit air dan masak lagi.  

Sambal tumis semestinya basah dan macam berkuah pekat.  Kalau suka manis, boleh tambah gula.  



No comments:

Post a Comment