source : annie's eats
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 st esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1/4 st garam
2 1/2 sb serbuk koko
acuan kek bulat saiz 7"
1. Panaskan oven 350F. Gliskan acuan kek dengan planta dan tabur dengan sedikit tepung gandum. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam bersama. Ketepikan.
3. Pukul telur dan gula hingga putih dan berkrim.
4. Masuk susu, minyak jagung dan esen vanila ke dalam adunan telur. Pukul lagi hingga sebati.
5. Kemudian masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit. Gaul lagi hingga rata dan sebati.
6. Ambil 2 cawan adunan itu dan masukkan ke dalam mangkuk lain. Campurkan serbuk koko. Gaul rata.
7. Ambil 3 sb adunan asal dan letakkan di tengah acuan.
Kemudian letakkan 3 sb adunan koko pula di tengah adunan asal itu. Ulangi proses itu hingga habis kedua-dua adunan itu.
8. Bakar kek selama 35-40 minit. Cucuk cake tester di bahagian tengah kek. Jika cake tester itu bersih bila ditarik keluar, itu bermakna kek telah masak.
9. Biarkan kek sejuk selama 10-15 minit sebelum dikeluarkan dari acuan.
No comments:
Post a Comment