2 sb serbuk agar-agar
800 ml air
200 ml susu cair
200 gm gula halus
1 biji telur
1 tin laici
1. Masuk serbuk agar-agar, air, susu cair dan gula ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan.
2. Pukulkan sedikit telur dengan garfu. Bila campuran agar-agar itu mula larut dan mendidih sedikit, masukkan telur. Kacau perlahan-lahan dan biar mendidih dan nampak berkilat.
3. Lepas itu masukkan sedikit sirap laici dalam 3sb sebagai perisa bersama buah laici. Tinggalkan sedikit buah laici itu untuk hiasan. Tutup api.
4. Masukkan adunan puding ke dalam acuan. Biarkan ia sejuk dan bila permukaannya baru nak mula keras, letakkan di atasnya dengan buah laici yang lebih tadi. Sejukkan lagi dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment