Sunday, March 6, 2011
Roti Paratha Kentang
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1 sb minyak
1 st garam
2 biji kentang
3 sb carrot yang diparut
1 pokok daun ketumbar - dihiris halus
secubit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
sedikit minyak/minyak sapi untuk masak roti
1. Kentang direbus dan dilecek. Gaulkan kentang itu bersama carrot, daun ketumbar, lada hitam dan garam. Bulat-bulatkan adunan kentang itu kepada 6 bahagian. Ketepikan.
2. Campurkan tepung, garam dan minyak dalam mangkuk. Masuk air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan ia kepada 6 bahagian juga.
3. Leperkan sedikit doh tepung itu dan letakkan doh kentang di tengahnya. Bulatkan semula. Buat hingga habis keenam-enam doh itu dan canaikan bulat.
4. Panaskan minyak dalam 1 st dan masakkan roti itu di kedua-dua belah hingga garing kekuningan.
Labels:
Kentang/Ubi,
Roti/Pastry
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment