Wednesday, March 16, 2011

Sambal Goreng Geragau Kering




2 cawan cili kisar
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 cawan geragau kering
1 cawan minyak masak
garam

1.  Masukkan geragau ke dalam penapis dan basuhkan geragau.  Toskan.


2.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.

3.  Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing.

4.  Tolak ke tepi sedikit cili yang digoreng itu dan masukkan geragau.  Biarkan seketika untuk menggaringkan sedikit geragau itu.  Kemudian digaulkan bersama dengan cili yang digoreng itu.

5.  Masukkan garam dan gorenglah lagi hingga garing dan sambal agak kering.





No comments:

Post a Comment