Bahan untuk Inti :
300 gm kentang1 biji bawang besar
2 sb rempah kari
2 sb udang kering
3 tangkai daun kari
1 keping asam keping
1/3 cawan air
1/4 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1. Kentang didadu kecil. Bawang besar juga didadu kecil. Rempah kari dibancuh dengan sedikit air supaya menjadi pes.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga bawang layu dan naik bau.
3. Masuk daging cincang dan tumis lagi hingga daging bertukar warna.
4. Kemudian masukkan pes rempah kari dan tumis lagi hingga garing.
5. Masuk pula kentang, asam keping dan air. Masak hingga kentang empuk. Jika terlalu kering dan kentang belum empuk, boleh tambah air sedikit-sedikit.
6. Akhir sekali masukkan garam. Masak lagi tapi jangan terlalu kering. Angkat dan sejukkan.
Bahan untuk karipap :
2 cawan tepung gandum
1/3 cawan mentega cair/minyak hangat
1 cawan air garam
1. Gaul mentega cair/minyak dan tepung.
2. Masuk air garam sedikit demi sedikit sambil diuli adunan itu
hingga menjadi doh yang lembut.
3. Canai nipis dan terap bentuk bulat.
4. Letak inti di tengah kepingan karipap dan kelimkan.
5. Panaskan minyak dan gorengkan karipap itu hingga garing kekuningan.
Aku goreng karipap itu setengah masak dan frozenkan untuk kami makan bila-bila masa.
No comments:
Post a Comment