Wednesday, December 23, 2015
Sup Fish Ball & Suun
Bahan A :
10 ekor ikan bilis besar
2 cawan air
Masukkan ikan bilis dan air dalam periuk dan rebus hingga mendidih. Tapis airnya untuk dijadikan stok ikan bilis. Ikan bilis tu dibuang.
Bahan B :
2 ulas bawang putih - dicincang halus
10 biji fish ball
1 cekak suun
1 batang celery - dipotong serong
1 batang carrot - dipotong ikut suka
1sb lobak asin cincang
1 sb minyak masak
1/4 st serbuk lada sulah
1 sb kicap cair
garam (optional)
1. Suun direndam hingga kembang dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
3. Masukkan fish ball dan digoreng sekejap.
4. Masukkan stok ikan bilis tadi, kicap cair, celery, carrot dan lada sulah.
5. Bila mendidih, masukkan suun, daun bawang dan lobak asin. Didihkan sekali lagi. Jika kurang masin, boleh tambah garam.
Labels:
Sup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment