5 biji pisang muda
2 batang serai
1 helai daun kunyit
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 keping asam keping
garam
Bahan tumbuk :
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 sb udang kering
1 st lada hitam
2" kunyit hidup / 1 st serbuk kunyit
1. Pisang dikupas kulitnya. Buangkan sikit-sikit aje lapisan luar yang tak berapa cantik/bersih tu. Kulit bahagian dalam tu masih boleh digunakan untuk masak kuah. Lepas tu potong serong buah pisang tu. Sambil tu rendam dalam air garam supaya pisang tu tak lebam. Bilaskan dengan air bersih.
Masukkan pisang dan bahagian kulit yang boleh digunakan itu ke dalam periuk bersama air separas pisang itu. Masukkan garam sedikit dan rebus hingga empuk.
2. Masukkan bahan tumbuk, serai dan santan cair ke dalam periuk yang lain. Biarkan mendidih sambil dikacau selalu.
3. Lepas itu masukkan pisang yang telah direbus tadi (toskan dulu airnya) bersama santan pekat, serai, daun kunyit, garam dan asam keping. Kacau-kacaukan selalu sampai mendidih.
No comments:
Post a Comment