Tuesday, December 15, 2015
Bun Inti Kelapa
Ada yang sebut Dinner Rolls...
Ada yang sebut Soft Buns...
Ada yang sebut Roll Buns...
dan macam-macam lagi yang disebut.
tapi Bun nya sama aje dan boleh dimakan bila-bila masa.
Dah banyak resipi yang aku cuba. Macam-macam bahan yang digunakan. Namun, resipi dari blog Comfort of Cooking ni lah yang mudah dan sedap.
1 paket yis (10gm)
1/2 cawan air suam
1/4 cawan butter
1/4 cawan gula pasir
2 biji telur
1/2 st garam
1 st minyak zaitun
2 1/2 cawan tepung gandum
sedikit butter cair untuk sapuan
1. Masukkan yis, air suam dan 1st gula pasir (ambil sedikit dari 1/4 cawan tadi) ke dalam mangkuk adunan. Biarkan seketika sehingga yis mengembang.
2. Masukkan butter (pada suhu bilik ataupun dicairkan), gula pasir, telur dan garam ke dalam yis tadi. Adunkan hingga sebati.
3. Masuk telur sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekit dan bulatkan.
4. Letakkan doh itu ke dalam mangkuk yang telah disapu dengan minyak zaitun. Tutup mangkuk doh dengan plastik dan biarkan ia naik mengembang lebih kurang 1 jam. Doh ini boleh disimpan di dalam fridge selama 3 hari.
5. Apabila doh telah naik mengembang, bahagikan doh kepada bebola kecil mengikut saiz yang disukai. Leperkan sedikit dan letakkan inti kelapa. Bulat-bulatkan semula. Susun bebola bun ke dalam baking pan yang telah disapu dengan butter. Jarakkan dalam 2" antara satu sama lain. Biarkan bebola itu naik mengembang semula lebih kurang 30 minit.
6. Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar bun selama 15-20 minit. Sejurus dikeluarkan dari oven, sapukan permukaan bun dengan butter cair semasa bun masih panas lagi.
Inti Kelapa :
Gula merah, gula pasir dan sedikit air dimasak hingga gula larut. Air jangan terlalu banyak, cukup sekadar untuk melarutkan gula.
Masukkan kelapa parut dan masak hingga inti kelapa lembab-lembab sikit.
Labels:
Roti/Pastry
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment