Kali ni guna kway teow kering. Tak berminyak. Cuma perlu direndam sekejap dalam 10-15 minit. Lepas tu toskan.
Bahan A :
100 gm daging yang dipotong nipis
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sb sos tiram
1 sb kicap lemak manis
1/4 st serbuk lada sulah
Bahan B :
200 gm kway teow kering
2 sb cili kisar
1/2 biji bawang besar - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
150 gm tauge
10 biji fish ball - dipotong 2
1 batang celery - dihiris
1 batang carrot - dipotong halus
3 sb air rebusan daging
1 sb sos tiram
1 sb kicap pekat
1 sb kicap lemak manis
garam secukup rasa
1. Rendam kway teow dalam 10 minit dan toskan. Boleh juga didihkan air dalam kuali dan masukkan kway teow kering. Bila ia lembut, toskan. Jangan terlalu lembut nanti tak sedap.
2. Perapkan Bahan A dalam 20 minit. Panaskan 1 sb minyak dan gorengkan daging yang diperap itu sehingga garing. Ketepikan.
3. Dengan menggunakan kuali yang sama, cuma tambahkan 1 sb minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan dan naik bau.
4. Masukkan cili dan tumis lagi hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap lemak manis. Masak sekejap dan barulah dimasukkan carrot, celery, fish ball, kway teow dan air rebusan daging.
5. Akhir sekali masukkan tauge dan garam. Gaul rata dan tutup api. Jangan masak lama sangat, nanti hilang kerangupan tauge itu.
6. Masa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan cili merah.
No comments:
Post a Comment