Saturday, January 10, 2015

Popia Otak-Otak



1 paket kulit popia
2 sb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air sebagai gam
1 helai daun kunyit - dihiris
500 ml minyak untuk menggoreng

Bahan untuk otak-otak :
2 keping ikan tenggiri (tebal dalam 1") - ambil isi sahaja
4 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 batang serai
2" kunyit hidup
1 helai daun kunyit
1 st ketumbar
1/2" lengkuas
1 biji telur
2 sb tepung sagu
1/3 cawan santan pekat
garam secukup rasa

1.  Satukan semua bahan untuk buat otak-otak.  Kisar hingga halus.  Masuk adunan dalam loyang atau bekas tahan panas dan kukus hingga masak.  Kalau nak otak-otak berwarna merah sedikit, tambahkan cili dan kalau nak lagi kental tambahkan tepung sagu.


2.  Sejukkan otak-otak yang telah dikukus itu dan potong 1" tebal.  Ukurannya ikutlah saiz popia yang dikehendaki.  


3.  Ambil sehelai kulia popia dan letakkan sepotong otak-otak itu.  Taburkan sedikit daun kunyit yang dihiris tadi.  
Sapukan di tepi-tepi kulit popia itu dengan gam tepung.  Kemudian gulungkan popia itu kemas-kemas.  Buat hingga habis. 


4.  Panaskan minyak dan gorengkan popia itu hingga kekuningan.  Toskan dan hidangkan panas-panas.







No comments:

Post a Comment