Tuesday, January 13, 2015
Kek Kukus Marble
300 gm planta
20 gm badam kisar
2 sb jem strawberry
2 sb susu cair
1 st esen vanila
5 biji telur
200 gm gula castor
240 gm tepung gandum
1 st serbuk penaik
3 sb serbuk koko
1. Campurkan planta, badam kisar, jem strawberry, susu cair dan esen vanila. Gaul hingga sebati. Ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur. Pukul putih telur hingga gebu. Masuk gula dan pukul lagi hingga gebu.
3. Masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masuk pula adunan planta tadi dan pukul lagi hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
6. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan serbuk koko.
7. Sapu loyang kek dengan planta dan ambil 1 sb adunan kuning diletakkan di bahagian tengah loyang. Kemudian ambil 1 sb adunan koko dan letakkan dibahagian tengah adunan kuning tadi. Ulangi step tadi hingga habis kedua-dua adunan.
8. Kukus kek selama 1 jam atau hingga kek masak.
Labels:
Kek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment