Monday, January 19, 2015

Ikan Masin Goreng Berapi


Phuuh....cili padi merah dibuat sambal.....haaissh.....memang berasap giler masa makan dan selepas makan.  Walaupun berasap, tapi nasi tetap bertambah....macam susah betul nak berhenti makan. Itulah penangan cili padi.




1 ekor ikan terubok masin 
1/2 biji bawang besar - dihiris

Bahan dikisar kasar :
1/2 cawan cili padi merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sb belacan
2 biji buah keras

1.  Ikan masin itu dipotong 2 atau 3 dan digoreng hingga garing. Ketepikan.



2.  Dengan menggunakan lebihan minyak menggoreng ikan masin tadi, tambahkan sikit lagi minyak.  Tumiskan bahan yang telah dikisar hingga garing.  Minyak memang kena banyak barulah cili tu nampak cantik garingnya.   Masa dah hampir garing tu, masukkan bawang besar dan goreng lagi hingga cili tu garing.



3.  Akhir sekali masukkan ikan masin yang digoreng tadi.  Gaul-gaulkan dan padam api.  Masakan ni tak perlu guna garam.






No comments:

Post a Comment