Monday, January 19, 2015

Air Ketumbar pengganti Listerine



Air ni bukan untuk diminum tapi untuk kumur-kumur mulut.  

Serius cakap...air untuk kumur-kumur ni memang berkesan. Amalkanlah selalu terutama sekali sebelum tidur...pasti ada perubahan selepas bangun tidur.  




Masukkan 1 liter air dalam periuk bersama 1 sb ketumbar biji, 3 kuntum bunga cengkih dan 1 helai daun pandan.

Rebus hingga mendidih dan naik aroma rempah itu.  Tapis dan sejukkan.

Lebihan air boleh disimpan di dalam peti sejuk.  Masa nak kumur-kumur, hangatkan sekejap.  Ye lah, takkan nak kumur-kumur masa sejuk bedu macam tu kan.


No comments:

Post a Comment