Saturday, January 10, 2015

Ikan Bilis Goreng Halia Muda



100 gm ikan bilis
100 gm halia muda
20 gm bawang besar
2 tangkai cili kering
1 cawan minyak untuk menggoreng

1.  Ikan bilis dibasuh dan ditoskan hingga betul-betul kering supaya kegaringannya tahan lama selepas digoreng.  Untuk aku kadang-kadang lepas basuh dan toskan, aku jemur di panas matahari hingga ia betul-betul kering.

2.  Halia dan bawang besar dihiris.  Cili kering dipotong 2".

3.  Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing kekuningan.   Kemudian masukkan cili kering dan goreng lagi.  Toskan.

5.  Akhir sekali tumiskan bawang besar tadi hingga layu dan masukkan halia hiris.  Halia tu biarlah basah-basah sikit, jangan sampai garing.  Balik-balikkan dan masukkan ikan bilis dan cili kering goreng tadi. Gaul rata dan toskan sekejap sebelum dihidangkan.



No comments:

Post a Comment