Tuesday, January 20, 2015

Kerepek Kulit Popia bersalut Horlicks & Kacang Tumbuk


Pernah buat kerepek macam ni tapi bersalut cili dan nestum.  
Tapi kali ni aku gunakan horlicks pulak.



1 paket kulit popia
3 sb tepung gandum 
1 cawan horlick
1/4 cawan kacang tanah 
2 sb gula pasir halus
1 liter minyak untuk menggoreng

1.  Tepung gandum dibancuh dengan sedikit air hingga likat dijadikan sebagai gam.

2.  Kacang tanah digoreng tanpa minyak.  Dibuang kulit dan ditumbuk atau dikisar kasar. Campurkan kacang tanah itu dengan horlicks dan gula pasir halus.  Ketepikan.

3.  Ambil sehelai kulit popia, digulungkan dan disapu dibahagian hujungnya dengan gam tepung tadi supaya melekat.  Buat sehingga habis dan digunting atau dipotong pendek-pendek 1".

4.  Panaskan minyak.  Gorengkan kulit popia yang telah digulung itu sehingga garing.  Toskan sekejap dan semasa kulit popia tu masih panas, gaulkan dalam campuran kacang tanah tadi supaya serbuk tu boleh melekat.







No comments:

Post a Comment