Friday, March 16, 2012

Sambal Tahi Minyak


Dah bertahun-tahun aku tak makan sambal tahi minyak ni.  Dulu-dulu arwah emak aku selalu masak minyak kelapa.  Sebabnya ialah kami ada beberapa batang pokok kelapa.  Jadi kelapa-kelapa tu emak aku buat minyak kelapa sendiri. 


Semasa proses membuat minyak kelapa ni lah, kita akan dapat tahi minyak.  Mula-mula emak aku goreng dulu kelapa-kelapa yang telah diparut itu.  Kami tak pakai mesin parut kelapa ye..tapi kami parut guna "pokdan" namanya.  Alaskan dengan suratkhabar atau plastik atas atas lantai dan kami parut kelapa dengan cara bersila.  Aduh...nostalgia sungguh.  Sekali masak, emak aku gunakan lebihkurang 20-30 biji kelapa.


Kelapa parut tu digoreng hingga berwarna perang.  Kemudian dimasukkan air separas kelapa itu dan diperah santannya 2 atau 2 kali yakni hingga tiada santan lagi.  Santan itu dimasak hingga mengeluarkan minyak berwarna kuning keemasan.  Semasa inilah akan terjadinya tahi minyak yang akan mendak di dasar kuali.  Kemudian emak aku masukkan daun pandan supaya minyak kelapa tu berbau wangi.

Bila tahi minyak itu telah garing, padamkan api dan tapiskan minyak kelapa itu.  Tahi minyak itu disimpan untuk dibuat lauk.

Tapi hari ini aku ubah sedikit proses memasaknya.  Tak larat rasanya nak perah santan tu.  Zaman sekarang kan dah ada jual santan aje, maka aku beli santan dan terus masak.  Short-cut namanya....

Cara membuat tahi minyak :
Santan dari 7 biji kelapa
2-3 helai daun pandan



Masukkan santan dalam kuali besar.  Perlu dikacau-kacau sehingga santan bertukar menjadi minyak kelapa.  Kalau tidak dikacau selalu, ia akan berkerak di dasar kuali.  Disebabkan aku tidak menggunakan kelapa yang digoreng terlebih dahulu, maka minyak kelapa yang terbit berwarna putih jernih macam air. 



Semasa proses inilah yang akan terjadinya tahi minyak.  Masukkan daun pandan.  Bila tahi minyak tu dah nampak garing, tutup api
dan toskan minyaknya.  Minyak kelapa itu boleh digunakan untuk memasak.

Membuat sambal tahi minyak :
4 sb tahi minyak
2 sb cili boh
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" belacan
10 ekor ikan bilis
2 batang serai - dihiris halus
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1 batang cili merah - dihiris
1/2 cawan air asam jawa
garam 

1.  Tumbuk bawang merah, bawang putih dan belacan.
2.  Masukkan semua bahan dalam periuk.
3.  Bila mendidih, masukkan daun limau purut dan cili merah.  Tutup api.


Jika ada buah belimbing buluh, boleh dimasukkan 3-4 biji belimbing buluh yang telah dibelah dua.  Sekarang ni musim hujan, susah nak dapat belimbing buluh. 


No comments:

Post a Comment