Friday, March 16, 2012

Pralin Jem



300 gm mentega
50 ml susu cair
100 gm gula icing
2 biji telur
500 gm tepung gandum
50 gm susu tepung
jem secukupnya

1.  Ayak tepung gandum dan susu tepung.  Ketepikan.




2.  Pukul mentega, susu cair dan gula icing hingga kembang.


3.  Masuk telur dan pukul lagi hingga sebati.




4.  Masukkan pula campuran tepung tadi dan gaul rata.


5.  Adunan ni agak lembut.  Untuk membentuknya, boleh digunakan acuan biskut dahlia atau acuan semperit.  Tapi di sini aku gunakan sejenis acuan yang boleh ditekan ke dalam dulang pembakar.




6.  Bakar selama 15 minit pada suhu 160C.


7.  Semasa hendak dihidang, sapukan apa saja jenis jem yang disukai pada pralin dan taupkan dengan sekeping lagi pralin.


Aku taupkan pralin ni dengan lemon curd yang aku buat tempohari.  Sedap rasa masam manis curd ni.  Resipi lemon curd tu ada di sini.





No comments:

Post a Comment