Thursday, March 29, 2012

Cara Membuat Butter dan Buttermilk


Masukkan 400 ml dairy whipping cream ke dalam blender dan blendkan sehingga terjadi ketulan butter.  Selain menggunakan blender, boleh juga dimasukkan dairy whipping cream ke dalam satu bekas bertutup dan goncangkan sehinggalah terjadi ketulan butter.



Cecair yang terjadi selain ketulan butter itulah yang dinamakan Butter Milk.  Simpan butter milk itu dalam bekas bertutup dan disimpan dalam fridge untuk kegunaan akan datang.



Manakala ketulan butter itu dibungkus di dalam kain muslin atau penapis dan dicelupkan di dalam air batu berulangkali.  Tukar-tukarkan air batu itu sehingga air batu itu menjadi jernih.  Simpan butter dalam fridge dan boleh digunakan bila perlu.  

400 ml dairy whipping cream dapat menghasilkan 1 cawan buttermilk.



No comments:

Post a Comment