Friday, March 2, 2012

Lobak Putih Tumis Air


Ramai yang kata lobak putih ni amat berkhasiat untuk imunisasi badan.  Masak lobak putih ni bergantung pada perencah masakan tu.  Lobak putih ni macam kosong aje rasanya.  Masak pun jangan lama sangat.  Cukup sekadar mendidih aje jika jenis berkuah supaya akan terasa kerangupannya semasa mengunyah. 



Bagi yang tak suka dengan sayur ni, boleh buat tumis air sebab khasiat-khasiatnya akan bersatu dengan kuahnya nanti.  Jadi, dapatlah juga khasiat-khasiatnya mengalir dalam badan...ekk ye ke? 

1 batang lobak putih 
1 gelung soun 
3 pokok cendawan tiram
4 biji fish ball
1 biji cili merah
1 cawan air
1 st minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
2 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih 
2 sb udang kering

1.  Lobak putih dipotong nipis, dibasuh dan direndam dengan air garam sekejap.



2.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.

3.  Masuk semua bahan-bahan yang lain dan biar hingga mendidih.
Lobak tu janganlah lembik sangat nanti tak sedap.





No comments:

Post a Comment