Sunday, March 11, 2012

Kenapa mesti berlakunya perpisahan?


Sejak kecil kita telah diajar tentang qada dan qadar Allah.  Sebagai seorang Islam kita sedia maklum, Allah meminta setiap hambaNYA berdoa kepadaNYA apa sahaja selagi kita bergelar hamba kepadaNYA.

Sebagai hambaNYA kita patut berusaha selain berdoa.  Berusaha dengan cara yang diredhaiNYA.  Sebagai hambaNYA yang lemah, kita telah dikurniakan dengan perasaan dan naluri berkehendakkan sesuatu...yakni bukan hanya berserah kepada qada dan qadar semata-mata.

Bermohon

Berdoa

dan  Berdoa......

 قَالَ هَلۡ ءَامَنُكُمۡ عَلَيۡهِ إِلَّا ڪَمَآ أَمِنتُكُمۡ عَلَىٰٓ أَخِيهِ مِن قَبۡلُ‌ۖ فَٱللَّهُ خَيۡرٌ حَـٰفِظً۬ا‌ۖ وَهُوَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ

Tapi ada ketika kita tertekan, kecewa, putus harapan

SEBAB

doa kita tidak termakbul lagi atau mungkin tidak dimakbulkan.

Satu pihak sedaya mungkin mempertahankan dan satu pihak lagi terus mendesak minta dibebaskan.

Maka
terlerai sudah ikatan yang telah terjalin selama 12 tahun.

Bergegar tiang arash tatkala perpisahan dilafazkan.....semudah itu talak dijatuhkan.

Di mana silapnya...kita sebagai hambaNYA sedangkan kita telah berusaha sedaya-upaya mempertahankan ikatan itu seboleh mungkin.  Mulalah hati berkata jahat.....apakah Allah tidak mendengar segala rintihan dan harapan kita?

Sedarlah wahai insan-insan kesayanganku, kamu yang melafazkannya.  Lafaz tatkala hati sedang berkecamuk, marah, kecewa.....tapi, lafaz itukah yang membahagiakan kamu?  Bahagiakah kamu???
Sudah cukup berusahakah kamu?

Bila dalam kepayahan kamu bersujud kepadaNYA.  Tapi bila kamu dalam keseronokan, kamu alpa.  Kamu halalkan yang haram.  Kamu hanyut dengan kenikmatan yang haram pada kamu.  Lagi-lagi diulang kesalahan yang sama yang kelihatannya seperti disengajakan....kenapa?  Kenapa tidak bermohon kepadaNYA setelah diberikan segala keindahan duniawi, biarlah keindahan itu terpelihara dengan petunjukNYA juga.

Jangan lagi menuding jari sesama sendiri bagi membela diri dan mencari kesalahan orang lain.  Renunglah kesalahan sendiri sebab kita ini bukan hamba yang sempurna.
Paling tidak pun, kamu harus akui inilah qada dan qadar Allah.  Hanya kamu yang tahu apa yang telah kamu lakukan selama ini.  Hanya kamu yang tahu samada kamu berbohong atau kamu dalam kebenaran.

Mungkin yang lain asyik menyalahkan salah seorang dari kamu dan memenangkan salah seorang dari kamu tapi wahai insan-insan kesayanganku jangan kau lupa bahawa aku ini yang sering menyaksikan segala watak-watak yang kamu aksikan dalam kehidupan kamu dan aku yang selalu mendengar segala bahasa-bahasa kamu.  Sudah jenuh, sudah letih aku memberikan segala nasihat tapi kamu wahai insan-insan kesayanganku hanya memandang sepi akan segala nasihat ku.  Sudah kering airmata aku menyaksikan corak kehidupan kamu.

Sedarlah wahai insan-insan kesayanganku, kamu gagal sebagai pemimpin serta pembimbing.
Dan kamu pula gagal melaksanakan ketaatan kamu.  Kamu sama-sama penuh dengan keegoan masing-masing.   

Apapun hidup mesti diteruskan.  Perbaiki kesalahan masing-masing demi masa depan kamu.  Jika telah tersilap percaturan, balik ke pangkal jalan.  Sekali lagi wahai insan-insan kesayanganku, BERDOA lah dengan rendah hati kepadaNYA.  Segala kebaikan dan keburukan datang dariNYA maka kepadaNYA jugalah kamu memohon seandainya kamu tidak mampu mengharunginya.

No comments:

Post a Comment