Sunday, October 23, 2011

Sambal Hitam Pahang


Aku jumpa resipi asal masakan ni di dalam fotopages madiha.  Dah lama gak aku simpan.  Baru kali ni nak cuba.  Tak tahulah rasa aslinya macamana. 


Ada jugak aku terbaca kat satu blog, tak ingatlah blog sape, dia kata buah belimbing tu kena rebus sampai 8 jam.  Mak aai,  mula-mula sekali aku terfikir....habislah gas aku macam ni.   Lepas tu fikir lagi....hitamlah periuk aku.  

400 gm belimbing buluh
1/2 cawan cili padi 
1 cawan ikan bilis 
6 bawang merah 
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak


1.  Masuk belimbing dalam kuali tanpa air dan masak dengan api kecil.  Mesti dikacau selalu supaya kuali tidak hangit.  Sebaiknya gunakan non-stick pan yang murah aje sudah memadai.  Nanti bekas-bekas hitam itu dimasukkan air dan biarkan mendidih supaya mudah dibasuh.



2.  Masak sehingga belimbing kecut dan bertukar gelap.  Lepas itu ditumbuk sedikit belimbing itu.


3.  Sementara itu 3 dari bawang merah tadi dihiris dan selebihnya ditumbuk.  Ikan bilis juga ditumbuk kasar.  

4.  Cili padi digoreng sekejap tanpa minyak supaya mudah hancur bila ditumbuk.  


5.  Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga naik bau.


6.  Masukkan semua bahan yang ditumbuk dan gorengkan hingga garing.  Akhir sekali masuk garam dan gula.  

Menurut kata Madiha, sambal ni boleh disimpan lama.  Bagi aku, kalau buah belimbing tu berkilo-kilo bolehlah disimpan.  Tapi kalau setakat semangkuk je, sekali hadap pun dah langsai.



No comments:

Post a Comment