Tuesday, October 4, 2011

Erika Paula dan Wolfgang Stockhausen

Orang tua mat saleh Jerman ni hari-hari datang jumpa aku.  Dia suka sangat berbual dengan aku. Mereka suami isteri ini dah lebih 20 tahun tinggal di Malaysia.  Mereka memilih untuk tinggal di Malaysia setelah merantau bekerja di banyak negara termasuk di Arab Saudi.  Walaupun mereka tidak mempunyai anak tapi mereka memang loving couple.  

Ni masa dia muda.  Bekas seorang akauntan. Pernah bekerja di beberapa negara.

Setahun sekali sahaja mereka balik ke Jerman untuk tempoh 3 bulan.  Si isteri bernama Erika berusia 71 tahun.  Kalau tengok cara dia berjalan dan beraktiviti, mak oi, aku salute lah.  Si suami bernama Wolfgang (kemain lagi nama dia kan)  berusia 71 tahun juga masih cergas.  Sesekali mereka berdua menunggang motosikal berkuasa tinggi.  Malah mereka pergi ke Thailand juga menunggang motosikal.  

Ntah camane, hari ni dia ajar aku bahasa Jerman...hehehe.  Teringat aku masa ambil kursus bahasa Jepun dulu.  Dulu aku bekerja di hotel tapi sekarang aku dah lupa macamana nak cakap Jepun.  Lagipun nak bercakap dengan siapa ek?  

Hahaha ini yang dia ajar kat aku tadi : 

Guten morgen  :  good morning

Guten Tag   :  good afternoon

Guten Abend   :  good evening

Gute Natch  :  good night

Gruss Gott  :  yang ini kira macam bagi salam lah.

Ich bin hungrig   :  I am hungry

Ich Libe Dich  :   I LOVE YOU  (hehehe)



 


No comments:

Post a Comment