Wednesday, October 26, 2011

Parpu Dhal



Bahan A :
1/2 cawan kacang dhal
1 biji kentang
500 ml santan
1 sb serbuk kari
garam secukup rasa

Bahan B:
2" halia - dihiris halus 
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 tangkai daun kari
1 sb jintan manis
1 sb minyak sapi 
1 sb minyak masak


1.  Kacang dhal direndam 2-3 jam.  Kentang didadu besar.  Lepas itu rebus kacang dhal bersama kentang hingga empuk.  Bilaskan dengan air paip.  Toskan dan masukkan semula ke dalam periuk.

2.  Masukkan rempah kari, santan dan garam.  Boleh juga pecahkan telur ke dalamnya jika hendak.  Masak dengan api perlahan hingga mendidih.  

3.  Dalam kuali lain, panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan bawang besar, daun kari dan jintan manis hingga garing.  
Boleh juga dimasukkan 1 st biji sawi dan lebihkurang 2 tangkai cili kering yang dipotong pendek.



4.  Kemudian tuangkan bahan tumisan itu bersama dengan minyaknya sekali ke dalam kuah dhal tadi.  Biarkan seketika supaya semua bahan tumisan menjadi sebati.




No comments:

Post a Comment