Resipi ni sepatutnya menggunakan sengkuang cina tapi di sini kita gunakan sengkuang biasa aje. Sedap juga. Rangup aje.
400 gm sengkuang
4 sb tepung sagu
1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
sedikit pewarna merah
sedikit garam
1. Sengkuang dipotong dadu dan rendam dalam air yang dicampur dengan pewarna merah 1/2 jam.
2. Toskan dan digaulkan dengan tepung ubi.
3. Kemudian diayak supaya tidak ada tepung yang bergentel-gentel. Leraikan jika ada yang melekat.
4. Didihkan air dalam periuk dan masak sebentar sengkuang tadi bersama daun pandan hingga ia terapung.
5. Kemudian dimasukkan dalam air sejuk dan biarkan ia terendam supaya ia tidak melekat.
6. Sambil itu didihkan sekejap santan pekat, daun pandan dan garam. Kacau-kacaukan supaya tidak pecah minyak.
7. Dalam periuk lain, buatkan air gula pula. Masakkan air dan gula pasir hingga gula larut.
8. Bila hendak dimakan, baru dimasukkan sengkuang tadi tanpa air rendamannya ke dalam mangkuk. Lepas itu tuangkan santan dan air gula.
No comments:
Post a Comment