1 cawan tepung gandum
1 sb minyak masak
1/4 cawan air
garam secukup rasa
1. Campurkan tepung gandum, minyak dan garam.
2. Masuk air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Bahagian doh kepada bebola kecil. Itu bergantung sebesar mana roti puri itu dikehendaki kejadiannya.
4. Kemudian digelek bebola itu hingga nipis.
5. Panaskan minyak dan masukkan kepingan doh itu. Ia akan menggelembung. Gorengkan dikedua-dua belah roti itu hingga kekuningan. Lepas itu toskan.
Roti puri ini sedap dimakan dengan kuah kari atau sambal.
No comments:
Post a Comment