1 tin sardin
1 biji kelapa parut
2 cawan air
1 paket kecil serbuk rempah kari
1 biji kentang - potong 4
4 helai daun kari
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2" lengkuas
1/2" halia
1. Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi 1 cawan air dijadikan santan cair. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan.
3. Masukkan daun kari, kentang dan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis lagi hingga rempah garing.
4. Kemudian masukkan sardin bersama sosnya, santan cair.
5. Bila kuah dah mula mendidih, masukkan santan pekat dan garam. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau-kacau.
No comments:
Post a Comment