BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim.
SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan sarakatul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
Mengunci rumah dengan ayat Kursi
Hendaklah membaca surah Al-kursi sebanyak 3 kali dan dituruti dengan surah Ar-radu ayat 11 sebanyak 3 kali di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum meninggalkan rumah.
SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
Surah Al Baqarah - Ayat 102
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Menghentikan Anjing Menyalak
Baca surah Al-Baqarah ayat 80 - 81 sebanyak 10 kali
SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, di kedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati
Hendaklah membaca surah al-taubah ayat 128 - 129 semasa berjumpa.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.
SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.
SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.
SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Dan ibu-ibu yang hamil amalkan membaca surah ini mudah-mudahan akan dipermudahkan ketika melahirkan anak.
SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
Membuatkan anak tidak degil
Hendaklah membaca surah Thaahaa Ayat 1 - 6 dan juga surah al haji ayat 21 dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan.
Surah Thaahaa - Ayat 1-5
Anak2 malas sekolah
Surah Thaahaa - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Supaya Suami tak kawin lain
SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 lembut hati/ elak panas baran
SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
Ayat penerang hati
Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat 35 di pagi hari dan awal malam.
SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.
SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
Surah Ar Ruum Ayat 31 - Baca 33x
Bg anak2 yg suka keluar malam
SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.
SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
SURAH SABA
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
Menghilangkan rasa takut kerana gangguan syaitan
Hendaklah membaca surah Yassin ayat 8 dan 9 berulang kali sehingga rasa gementar hilang.
SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagiaan sejati.
Sunday, October 30, 2011
Saturday, October 29, 2011
Kisah Cinta Zulaikha dan Nabi Yusuf
Aduh, jiwang kejap bercampur sedih, syahdu serta agungnya kekuasaan Allah bila baca kisah ini. Bukan tak pernah baca kisah ni tapi olahan dan susunan ayat yang aku ambil dari blog wadah-muslimah ini menarik hati aku untuk aku kongsikan di blog aku ini.
Namun terimakasih juga aku juga ucapkan pada http://www.mfundamentalist.blogspot.com/ atas info bahawa kisah cinta ini hanya ditokok-tambah oleh pihak tertentu untuk memutarkan fakta. Zulaikha dan Nabi Yusuf tidak pernah berkahwin. Hmmm entahlah..kita telah terlalu dimomokkan dengan kisah cinta ini. Kesahihannya hanya Allah yang maha mengetahui.
Sungguh keindahan alam mimpi yang sebelumnya,
Keindahan warna-warni yang sebelumnya mempesona,
Kini seolah tenggelam ditelan pesona wajah agung nan rupawan si pemuda.
Sang putri yang menyaksikan itu merasa dadanya berguncang hebat, hatinya jatuh cinta pada sang pemuda.
?Duhai..siapakah..siapakah..siapakah dia ????
Bangun dari tidurnya, Zulaikha termangu-mangu,
Hangat sinar mentari sudah terlanjur merasuk di hati,
Cinta pada sang pemuda dalam mimpi sudan menyelusup masuk ke pori-pori,
?Duhai,Siapakah kini yang dapat membawa dia kehadapanku
Engkaukah angin ? Yang sanggup menyampaikan rasa cintaku padanya ?
Atau engkaukah air ? yang dapat mengalirkan anggur cintanya kepadaku ?
Atau engkaukah bumi ? yang dapat mempertemukanku dengan sang pujaan hati ?
Api telah membakar seluruh isi hatiku.?
Malam-malam kini dilaluinya dengan memohon, memohon dan memohon,
Agar ia dipertemukan dengan sang pemuda pujaan dalam mimpinya.
Satu waktu, kembali mimpi membawa sang pemuda kehadapannya,
Zulaikha bertanya,?Siapakah engkau Tuan ? yang telah menyita seluruh perhatianku ? yang telah menghabiskan siang dan malamku untuk mengingatmu ? Siapakah engkau ??
Sang pemuda berkata,
?Aku Wazir Agung dari Mesir?
Begitu bangun, Zulaikha berupaya dengan segala cara,
Agar ia dipertemukan dengan Wazir agung mesir.
Ia berkata pada ayahanda, agar ia dikawinkan dengan Wazir Agung Mesir.
Sang ayah terdiam dan kemudian ia ingin menjajaki sampai dimana keinginan anaknya terhadap Wazir Agung Mesir.
Maka suatu hari, diundanglah sang Wazir.
Dari balik pintu, Zulaikha mengintip dengan dada berdegup kencang.
?Diakah?.diakah orang yang telah merampok hatiku ??
Begitu di lihatnya wajah sang Wazir, alangkah kecewanya ia, bukan-bukan orang yang diharapkan.
Tiba-tiba ia mendengar sebuah suara,
?Melalaui wazir inilah, engkau akan bertemu pujaan hatimu?.
Zulaikha yang sudah lemah lunglai, hampir putus harapan, kini kembali bersemangat.
Api harapan dan hangatnya pertemuan yang diinginkan dengan sang pujaan mengalami proses ujian.
Ia tetap melangsungkan pernikahannya dengan wazir Agung.
Keanehan terjadi pada Zulaikha dan Wazir Agung,
Mereka tak bisa sebagaimana laiknya suami isteri,
Alloh telah menjaga harum melati dan menjaga mawar tetap berseri.
San Wazir menerima apa adanya takdir yang terjadi.
Demikianlah?.
Lama tak ada mimpi sang pujaan sama sekali,
Ingin sekali ia menyebut-nyebut nama sang pemuda, tapi ia tak tahu siapa namanya.
Hanya bayang-bayang sang pemuda yang tak lepas dari angan-angannya.
Siang malam, siang malam, dihabiskan mengingat orang yang dicintainya.
Sampai satu waktu, mimpi menghantarkan sang pujaan lagi ke hadapannya.
Zulaikha bertanya,
?Siapakah Tuan yang memiliki wajah separo manusia dunia ??
?Siapakah nama Tuan ??
Si pemuda tersenyum,
Senyumnya menghidupkan tetumbuhan yang mati disekelilingnya,
Menyegarkan yang layu,
Menyembuhkan hewan-hewan yang sakit.
?Aku Yusuf?.?
Byaar?
Zulaikha terbangun dari tidurnya,
Kini bayang Yusuf tlah bertambah dengan bibir Zulaikha yang terus menggumamkan Nama Yusuf..Yusuf..Yusuf?
Apa saja yang berbau nama Yusuf, akan didatanginya sambil berharap ia adalah pujaan hatinya.
Satu waktu terdengar khabar ada seorang budak yang bernama Yusuf di pasar,
Bergegas ia mengajak dayang-dayangnya ke sana.
Dengan tandu yang dipanggul oleh budak-budaknya,
Diiringi oleh dayang-dayangnya, Zulaikha datang di pasar budak itu.
Di intipnya dari tirai tandunya yang berwarna kuning muda.
?Tuhan !!?pekiknya tertahan,
?i..ii..ia ..dia yang ada dalam mimpiku !?
?Pelayan?beli budak yang dipasar itu. Berapapun harganya beli. Jangan sampai kedahuluan oleh orang lain. Kalau perlu, katakan pada mereka, isteri wazir Agung Mesir yang membeli budaknya?
Dengan harga yang mahal, emas perak dan berlian, sejak saat itu,
Yusuf menjadi budak wazir dan isterinya,
Zulaikha menyuruh budak-budak yang lainnya melayani Yusuf,
Memberinya pakaian yang indak bagi seorang budak, dan
Memberinya makan makanan yang biasa dimakan olehnya dan wazir.
Para budak iri tapi terpendam dalam hati.
Mulai hari itu, Zulaikha mencari jalan agar dapat menarik perhatian Yusuf,
Cara halus, tak mempan, segala cara sudah dipakai, tapi Yusuf tidak bergeming.
Yusuf tidak menunjukkan cintanya, melainkan hanya menunjukkan hormat dari seorang budak pada majikannya.
Zulaikha bebas melakukan apa saja sebab sang wazir hampir tidak pernah berada di rumah.
Suatu ketika di ajaklah Yusuf berjalan menuju lorong-lorong kamar,
masuk kamar keluar kamar,
sampai kamar yang terakhir, sudah ada 12 pintu yang mereka lewati.
Tanpa sepengetahuan Yusuf, seluruh pintu-pintu kamar itu dikuncinya, dan kuncinya disimpan diam-diam.
Di kamar yang terakhir itu, jauh dari orang lain, Zulaikha sudah tak dapat menahan kerinduannya pada Yusuf yang sudah terpendam selama bertahun-tahun.
Ia mendekat pada yusuf, tapi Yusuf menghindar, demikian selanjutnya,
Zulaikha mendekati Yusuf, Yusuf menghindar,
Sampai ketakutan Yusuf memuncak. Ia tak mau menjatuhkan dirinya ke lembah nista,
Yusuf membalikkan punggungnya, ia berlari menuju pintu kamar itu.
Zulaikha tak mau Yusuf pergi dari kamar itu, ia mencoba menahannya dengan menarik tubuh Yusuf. Yang terpegang adalah baju Yusuf,
Robeklah baju, berbareng dengan Yusuf lari keluar,
Seolah Tuhan sendiri yang membuka pintu-pintu itu,
Setiap kali Yusuf berhadapan dengan pintu-pintu yang terkunci,
setiap kali pula pintu-pintu itu terbuka dengan sendirinya.
Aib kejadian itu terbongkarlah sudah,
Orang-orang umum mencemooh Zulaikha.
Zulaikha hanya diam, tetapi kemudian ia mengundang seluruh gadis-gadis yang mencemoohnya.
Zulaikha mendandani Yusuf bak seorang Raja.
Setelah semua gadis-gadis itu diberi apel dan sebuah pisau untuk mengirisnya,
Yusuf diperintah untuk berjalan melewati mereka.
Mulut ternganga,
Lidah kelu,
Mata terpesona,
Tak terasa jari-jari mereka yang dikupas dengan pisau.
Cara halus tak dapat menggoyahkan iman Yusuf, Zulaikha kemudian menggunakan cara yang berbeda. Kini, dengan tuduhan Yusuf yang akan memaksa Zulaikha, Zulaikha berhasil meyakinkan suaminya, wazir untuk memenjarakan Yusuf. Selama 7 tahun Yusuf berada dalam penjara. Apakah Zulaikha puas ?
Tidak, hatinya yang kini berisi penyesalan yang mendalam.
Kerinduannya semakin menumpuk.
Kalau dulu ia masih bisa memandang orang yang dikasihinya berlama-lama,
Tapi kini tak dapat lagi, meski cuma sekilas, meski cuma sebentar.
Gelombang rindu tak tertahankan,
Zulaikha meminta bantuan seorang budaknya untuk membuat jalan rahasia menuju dekat sel penjara Yusuf.
Begitulah, setiap malam tiba, Zulaikha mendatangi penjara Yusuf, disebelah selnya, hanya untuk memandangnya dengan hati penuh penyesalan.
Sampai satu waktu, masa kebebasan Yusuf tiba, melalui kemampuannya menafsirkan mimpi,
Ia ditarik untuk menangani bendahara kerajaan Mesir.
Ditinggalkanlah rumah Zulaikha.
Sejak kejadian-kejadian yang menimpa, sampai wazir Agung mesir meninggal, dan sampai raja mesir juga meninggal, Zulaikha jatuh pailit, papa dan agak pikun. Seluruh hartanya ludes diberikan kepada orang yang membawa khabar tentang Yusuf, waktu-waktunya habis untuk merenung Yusuf. Apalah arti seorang Zulaikha dibanding kekuatan cinta yang menggelora.
Semua permohonan pertemuannya dengan Yusuf disampaikannya pada berhala-berhala sesembahannya. Sampai satu ketika, di gubuknya yang kecil dipinggir kota, berhala sesembahannya dibantingnya, dihancurkannya,
?Engkau sama sekali tidak berguna wahai arca mati. Sekian lama aku mengabdi kepadamu tak ada artinya?.
?Duh Yang memiliki hidup sesungguhnya, ampunilah aku, dan aku berserah diri kepadaMu?
?Ya Allah Tuhan Yusuf dan Tuhan semesta Alam?rindu dalam diriku yang menggelora adalah dariMu Jua, hati terasa dikoyak-koyak ketika malam tiba, wajah Yusuf yang terbayang tak dapat hilang, Ya Allah?
Sudah sekian tahun hatiku gelisah resah dan selalu sakit, seolah luka lama yang disayat luka baru dan disayat luka baru lagi., Aku begitu merindukan Yusuf..Yusuf..Yusuf?.
Dan jika siang tiba, matahari bersinar terang, tapi apa artinya bagi mataku yang telah buta ?
Yang ada hanya bayangan Yusuf?
Ya Allah, Engkau yang telah memasukkan benih cintaku pada Yusuf, dan Engkau pula yang telah menyemai kerinduanku pada Yusuf, pertemukanlah aku dengannya, atau cabutlah akar cintaku padanya, agar derita yang hamba tanggung berkurang??
Zulaikha menangis?menangis sampai kering airmatanya?
Malaikat mendengar do?a itu tak kuat menahan terlalu lama, mereka melaporkannya,
?Ya Allah seru sekalian Alam. Zulaikha memohon uluran tanganMu, ia meratap meminta Kasih dan sayangMu?
?Wahai malaikatku. Aku tahui dan kiranya sekaranglah saat ia lepas dari derita kerinduan dan cintanya pada Yusuf?
Yusuf yang sudah menjadi raja Mesir, suatu hari dengan berkendara kuda putihnya lewat di jalanan depan gubuk Zulaikha,
Bibir Zulaikha yang kering tetap melantunkan nama Yusuf..Yusuf..Yusuf?
Yusuf tertarik mendengar suara ini dan berhenti,
?Siapakah engkau wahai wanita ??
?Bibirku tak pernah berhenti menyebutmu?orang yang dulu pernah menjebloskanmu ke penjara selama bertahun-tahun. Ampunilah aku yang terlalu banyak berbuat dosa kepadamu?
?Zu..Zulaikha ?? kata Yusuf agak tergagap,
ia turun dari kudanya dan dilihatnya Zulaikha.
Wajahnya layaknya seorang yang sudah tua, rambutnya memutih, tubuh kurus kering, pakaiannya lusuh dan kotor.
?Kemanakah harta, kecantikanmu dan kekuasaanmu ??
?Semua dimakan api yang berkobar dalam diriku, gelombang rindu dan api cinta padamu telah membakar segalanya,? katanya lirih sambil terus melantunkan nama ?Yusuf..yusuf? di bibirnya.
Allah berfirman pada Yusuf dan kemudian ia mengajak Zulaikha ke istana. Kemudian Allah mengembalikan kecantikan Zulaikha dan menambahnya, Allah mengembalikan kemudaan Zulaikha.
Rindu dan Cinta kini sudah ditumbuhkan olehNya di tanah persemaian Yusuf.
Mereka berdua melangsungkan pernikahannya
http://www.huttaqi.com/
Namun terimakasih juga aku juga ucapkan pada http://www.mfundamentalist.blogspot.com/ atas info bahawa kisah cinta ini hanya ditokok-tambah oleh pihak tertentu untuk memutarkan fakta. Zulaikha dan Nabi Yusuf tidak pernah berkahwin. Hmmm entahlah..kita telah terlalu dimomokkan dengan kisah cinta ini. Kesahihannya hanya Allah yang maha mengetahui.
__________________________________________________________________________

Labels:
Lain-lain
Friday, October 28, 2011
Rubies Delight
Resipi ni sepatutnya menggunakan sengkuang cina tapi di sini kita gunakan sengkuang biasa aje. Sedap juga. Rangup aje.
400 gm sengkuang
4 sb tepung sagu
1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
sedikit pewarna merah
sedikit garam
1. Sengkuang dipotong dadu dan rendam dalam air yang dicampur dengan pewarna merah 1/2 jam.
2. Toskan dan digaulkan dengan tepung ubi.
3. Kemudian diayak supaya tidak ada tepung yang bergentel-gentel. Leraikan jika ada yang melekat.
4. Didihkan air dalam periuk dan masak sebentar sengkuang tadi bersama daun pandan hingga ia terapung.
5. Kemudian dimasukkan dalam air sejuk dan biarkan ia terendam supaya ia tidak melekat.
6. Sambil itu didihkan sekejap santan pekat, daun pandan dan garam. Kacau-kacaukan supaya tidak pecah minyak.
7. Dalam periuk lain, buatkan air gula pula. Masakkan air dan gula pasir hingga gula larut.
8. Bila hendak dimakan, baru dimasukkan sengkuang tadi tanpa air rendamannya ke dalam mangkuk. Lepas itu tuangkan santan dan air gula.
Labels:
Dessert
Wednesday, October 26, 2011
Bubur Sengkuang Cina
250 gm ubi sengkuang cina
1 biji kelapa parut (putih saje)
2 cawan air
4 sb gula pasir
2 sb biji sagu warna hijau
1 helai daun pandan
1. Sengkuang cina dikupas kulitnya lalu didadu kecil. Biji sagu direndam sekejap dan toskan.
2. Kelapa parut diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 cawan air dijadikan santan cair.
3. Masukkan santan cair, gula dan sengkuang cina dalam periuk dan masak hingga mendidih. Mesti dikacau selalu supaya tidak pecah minyak. Kemudian masukkan santan pekat, biji sagu mata ikan dan garam. Didihkan dengan api perlahan hingga biji sagu kembang dan sejukkan.
Bubur ini boleh dimakan panas atau sejuk.
Bubur ini juga lebih kurang sama macam sejenis thai dessert yang dipanggil Rubies/Crystal Delight dimana sengkuang disalut dengan tepung sagu dan direbus.
Labels:
Bubur,
Kentang/Ubi
Parpu Dhal
Bahan A :
1/2 cawan kacang dhal
1 biji kentang
500 ml santan
1 sb serbuk kari
garam secukup rasa
Bahan B:
2" halia - dihiris halus
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 tangkai daun kari
1 sb jintan manis
1 sb minyak sapi
1 sb minyak masak
1. Kacang dhal direndam 2-3 jam. Kentang didadu besar. Lepas itu rebus kacang dhal bersama kentang hingga empuk. Bilaskan dengan air paip. Toskan dan masukkan semula ke dalam periuk.
2. Masukkan rempah kari, santan dan garam. Boleh juga pecahkan telur ke dalamnya jika hendak. Masak dengan api perlahan hingga mendidih.
3. Dalam kuali lain, panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan bawang besar, daun kari dan jintan manis hingga garing.
Boleh juga dimasukkan 1 st biji sawi dan lebihkurang 2 tangkai cili kering yang dipotong pendek.
4. Kemudian tuangkan bahan tumisan itu bersama dengan minyaknya sekali ke dalam kuah dhal tadi. Biarkan seketika supaya semua bahan tumisan menjadi sebati.
Labels:
Kentang/Ubi,
Masak Lemak
Cekodok Kentang & Carrot
2 cawan tepung gandum
1 batang carrot - dipotong memanjang
1 biji kentang - dipotong memanjang
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili merah - dicincang
2 sb geragau kering
1 3/4 cawan air suam
garam secukupnya
2 cawan minyak untuk menggoreng
1. Campurkan semua bahan dan digaul hingga sebati.
2. Panaskan minyak. Masukkan 1 sb dari adunan tadi ke dalam minyak panas. Masukkan lagi hingga cukup untuk seluruh minyak itu.
3. Balik-balikkan cekodok itu sehingga seluruh cekodok itu garing. Toskan.
4. Cekodok ini boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili, sambal tumis atau apa saja yang disukai.
Labels:
Kentang/Ubi,
Kuih
Sunday, October 23, 2011
Cekodok Nasi
1 cawan nasi
1 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar - dihiris
1 sb cili flakes
1/2 cawan ikan bilis
5 tangkai cili padi - dihiris
1 cawan air suam
garam secukup rasa
2 cawan minyak untuk menggoreng
1. Campurkan semua bahan dan digaul hingga sebati.
2. Panaskan minyak dan jemputkan doh itu dengan hujung jari lalu dimasukkan ke dalam minyak panas. Goreng hingga garing dan toskan.
Labels:
Snacks
Sambal Hitam Pahang
Aku jumpa resipi asal masakan ni di dalam fotopages madiha. Dah lama gak aku simpan. Baru kali ni nak cuba. Tak tahulah rasa aslinya macamana.
Ada jugak aku terbaca kat satu blog, tak ingatlah blog sape, dia kata buah belimbing tu kena rebus sampai 8 jam. Mak aai, mula-mula sekali aku terfikir....habislah gas aku macam ni. Lepas tu fikir lagi....hitamlah periuk aku.
400 gm belimbing buluh
1/2 cawan cili padi
1 cawan ikan bilis
6 bawang merah
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak
1. Masuk belimbing dalam kuali tanpa air dan masak dengan api kecil. Mesti dikacau selalu supaya kuali tidak hangit. Sebaiknya gunakan non-stick pan yang murah aje sudah memadai. Nanti bekas-bekas hitam itu dimasukkan air dan biarkan mendidih supaya mudah dibasuh.
2. Masak sehingga belimbing kecut dan bertukar gelap. Lepas itu ditumbuk sedikit belimbing itu.
3. Sementara itu 3 dari bawang merah tadi dihiris dan selebihnya ditumbuk. Ikan bilis juga ditumbuk kasar.
4. Cili padi digoreng sekejap tanpa minyak supaya mudah hancur bila ditumbuk.
5. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga naik bau.
6. Masukkan semua bahan yang ditumbuk dan gorengkan hingga garing. Akhir sekali masuk garam dan gula.
Menurut kata Madiha, sambal ni boleh disimpan lama. Bagi aku, kalau buah belimbing tu berkilo-kilo bolehlah disimpan. Tapi kalau setakat semangkuk je, sekali hadap pun dah langsai.
Labels:
Sambal
Saturday, October 22, 2011
Roti Puri
1 cawan tepung gandum
1 sb minyak masak
1/4 cawan air
garam secukup rasa
1. Campurkan tepung gandum, minyak dan garam.
2. Masuk air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Bahagian doh kepada bebola kecil. Itu bergantung sebesar mana roti puri itu dikehendaki kejadiannya.
4. Kemudian digelek bebola itu hingga nipis.
5. Panaskan minyak dan masukkan kepingan doh itu. Ia akan menggelembung. Gorengkan dikedua-dua belah roti itu hingga kekuningan. Lepas itu toskan.
Roti puri ini sedap dimakan dengan kuah kari atau sambal.
Labels:
Roti/Pastry
Friday, October 21, 2011
Air Halia
Halia Bentong : orang-orang cina percaya halia bentong adalah halia yang terbaik untuk menghilangkan angin dalam badan. Halia-halia yang biasa dijual tu hanya sebagai perasa aje. Tak tahu lah betul ke tidak info ini.
Maka aku pun pesanlah kat kawan aku cari halia bentong ni kat pasar tani. Memang betul ada dijual dan harganya lebih mahal dari halia biasa. Tengok selonggok yang dalam gambar ni harganya RM10.00 tau.
Aku hanya buat air halia aje.
100 gm halia
2 batang serai
7 biji lada hitam
1 liter air
1 helai daun pandan
Rebuskan semua bahan-bahan itu hingga airnya tinggal 3/4 dari sukatan tadi atau lebih kurang 700 ml. Kemudian ditapis dan boleh diminum panas atau sejuk.
Labels:
Minuman
Sayur Kacang Pea Goreng Pedas
100 gm kacang pea
4" carrot
2 biji fish ball
4 biji cili padi - dihiris halus
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 st minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1. Kacang pea dibuang urat tepinya. Carrot dipotong halus memanjang.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga garing.
3. Masukkan kacang pea, carrot, cili padi dan garam. Besarkan api. Bila kacang dah masak, tutup api.
Labels:
Sayur
Kari Sardin
1 tin sardin
1 biji kelapa parut
2 cawan air
1 paket kecil serbuk rempah kari
1 biji kentang - potong 4
4 helai daun kari
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2" lengkuas
1/2" halia
1. Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi 1 cawan air dijadikan santan cair. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan.
3. Masukkan daun kari, kentang dan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis lagi hingga rempah garing.
4. Kemudian masukkan sardin bersama sosnya, santan cair.
5. Bila kuah dah mula mendidih, masukkan santan pekat dan garam. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau-kacau.
Labels:
Ikan
Tuesday, October 18, 2011
Kerabu Bendi
200 gm bendi
40 gm/2 biji cili merah20 gm bawang besar
2 sb udang kering
1 biji limau nipis atau 2 biji limau kasturi
gula dan garam secukup rasa
1. Bendi dicelur dan dipotong serong.
2. Bawang besar dihiris. Udang kering disangai.
3. Tumbuk cili merah dan udang kering separuh lumat.
4. Perahkan jus limau. Masukkan garam dan gula dan gaul rata.
Labels:
Salad/Kerabu,
Sayur
Singgang Berempah
1 ekor ikan talapia merah
4-5 tangkai cili padi hijau - dibelah dua
1 keping asam-keping
2 cawan air
1 st serbuk kunyit
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Bahan kisar :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1" halia
2" kunyit hidup
2" lengkuas
1 st lada hitam
1 st belacan bakar
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
3. Masuk air, asam keping dan garam.
4. Bila mendidih, masukkan cili padi dan ikan. Tutup api.
Labels:
Ikan
Subscribe to:
Posts (Atom)