Saifuddin yang cintakan tahajjudnya, zikir-zikirnya dan ketakwaannya pada Allah yang satu. Bagaikan berada antara alam realiti dan khayalan membaca 5 buah novel bersiri ini.
Tak dapat aku sangkalkan, Ramlee Awang Murshid berjaya membawa aku dan pembacanya yang lain memasuki abad 21 dan tahun 1511 dengan baik sekali. Kita akan merasakan seolah-olah Laksamana Sunan pernah wujud pada tahun 1511 walaupun tidak ada dalam lipatan sejarah. Ayat-ayat yang digarapkan di dalam keempat-empat novel ini membuatkan pembaca merasa sayang, kasihan, pilu, bangga dan rindu pada Laksamana Sunan.
Sehinggakan aku terfikir adakah watak Laksamana Sunan ini didapat Ramlee dari kebatinannya? Sukar hendak dihuraikan di sini. Hanya seseorang yang beroleh sesuatu yang istimewa dari Allah swt sahaja yang akan memahami apa yang aku maksudkan. Jika tidak, insan biasa seperti kita ini akan dikatakan gila pulak. Suatu ketika dahulu aku pernah bertemu dengan seseorang yang memasuki alam makrifah dimana beliau berjaya menembusi zaman Hang Tuah.
Apapun dari logik akal kasar kita sebagai insan biasa, alam fantasi yang digambarkan di dalam novel ini memang cukup terkesan.
Membaca setiap novel ini tidak akan melepaskan kita membaca setiap baris ayat. Tahniah Ramlee Awang Murshid.
Sutera Bidadari juga membawa pembacanya dibuai perasaan. Serasa bagai tidak mahu menamatkan watak Laksamana Sunan dengan kematian. Tapi aku teruja dan gembira diakhir Sutera Bidadari ini, watak Laksamana Sunan dan Sang Dewi tidak mati.
Aku harap sangat Ramlee Awang Murshid dapat menerbitkan sebuah lagi novel (mungkin yang terakhir) agar mereka dipertemukan...janganlah ia dibiar tergantung. Serasa jiwa dan perasaan kami juga ikut bersilat serta lama diburu debaran menghayati watak Saifuddin.
Alangkah bagusnya jika seseorang seperti Datin Tiara yang boleh memfilemkan novel ini sebagaimana yang dilakukan pada filem Puteri Gunung Ledang.
No comments:
Post a Comment