Thursday, February 20, 2020

Mee Goreng Perencah Adabi




450 gm mee kuning
150 gm tauge
1 paket perencah mee goreng Adabi
10 biji fish ball
100 gm daging hiris
1/2 biji bawang besar - dihiris
1/2 cawan air rebusan daging
2 pokok daun sup - dihiris
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa (jika perlu)

1.  Panaskan minyak.  Tumis bawang besar hingga layu.



2.  Masuk perencah Mee Goreng Adabi, daging dan fish ball.  Tumis sekejap dan masuk air rebusan daging.  


3.  Biar ia kering sedikit dan barulah dimasukkan mee kuning. Fungsi air rebusan daging itu bagi menyumbang rasa yang enak dan biar ia kering sedikit baru dimasukkan mee kuning supaya mee tidak jadi kembang nanti.  Melainkan kalau nak buat mee basah.





4.  Masaklah sekitar 4-5 minit barulah dimasukkan tauge dan daun sup.  Masuk garam sedikit.  Gaul-gaulkan dan tutup api.  Jangan masak lama sangat nanti tauge jadi lembik.






Wednesday, February 19, 2020

Bee Hoon Sup Utara




200 gm bee hoon
1 sb serbuk kunyit
2 pokok daun sup 
4 biji limau kasturi
100 gm tauge
3 biji cili padi 
1/4 cawan lobak asin
sedikit bawang goreng

1.  Bee hoon direndam dengan serbuk kunyit hingga kuning.  Kemudian rebus bee hoon itu bersama air rendamannya hingga bee hoon lembut.  Toskan.

2.  Daun sup dan cili padi dihiris.  Lobak asin juga dihiris atau diracik halus.





Bahan untuk sup :
400 gm tulang lembu
200 daging lembu
4" kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 st serbuk lada hitam
7 ulas bawang merah - ditumbuk 
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2" halia - diketuk
2 batang serai - diketuk
1500 ml air
1 sb rempah sup Adabi
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Panaskan minyak dalam periuk.  Tumis kulit kayu manis buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan. 

2.  Masuk halia dan serai.  Tumis sekejap dan masukkan lada hitam, tulang lembu, daging, air, rempah sup dan garam.  

3.  Masak hingga tulang dan daging lembut.  Keluarkan daging dan terus masak sup itu dengan api perlahan lebih kurang 1 jam.  Daging tadi dihiris dan diketepikan. 



Bahan untuk sambal :
1 cawan cili kisar
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cawan air
1/2 cawan minyak 
garam secukup rasa

1.  Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar.
2.  Panaskan minyak.  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.  
3.  Masuk cili kisar.  Tumis hingga pecah minyak.
4.  Akhir sekali masuk air dan garam.  Masak hingga mendidih macam sambal tumis.



Setelah semuanya siap, bolehlah dihidangkan dengan sup itu panas-panas.






Thursday, February 13, 2020

Kerabu Jantung Pisang



Jantung pisang memang sedap dibuat lauk.  Cuma kebanyakan jantung pisang yang dijual tu kita tak tahu dari pisang jenis apa.  Sesetengah jantung memang cantik cerah aje lepas direbus.  Sesetengahnya akan jadi lebam.

Aku masih ingat lagi arwah emak aku dulu memang dia pilih jantung pisang tertentu aje dibuat lauk.  Tu lah dulu tak nak ambil tahu tentang tu semua, dah tua-tua ni baru rasa menyesal.


1 biji jantung pisang
1/2 biji bawang besar 
1/4 cawan ikan bilis goreng
1/4 cawan kerisek
2 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Bahan tumbuk :
5 biji cili merah
1 sb belacan bakar
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

1.  Jantung pisang dikupas. Ambil bahagian dalamnya yang berwarna putih sedikit.  Hiriskan jantung pisang itu sambil direndam dalam air garam supaya tidak lebam.



2.  Rebus jantung pisang itu hingga lembut.  Bilaskan dengan air bersih dan toskan.


3.  Bahan-bahan tumbuk itu digoreng tanpa minyak hingga layu.  Lepas itu barulah ditumbuk semuanya.  


4.  Kemudian gaulkan bahan tumbuk bersama jantung pisang, bawang besar, ikan bilis, kerisek, garam dan gula.  Akhir sekali perahkan jus limau kasturi.






Tuesday, February 11, 2020

Pastry Inti Kacang Merah




2 1/2 cawan tepung gandum
200 gm butter 
150 ml air ais
2 cawan inti kacang merah
1 biji kuning telur
garam secukup rasa

1.  Gaulkan tepung gandum dan garam.
2.  Butter tu mestilah yang masih sejuk dari peti ais.  Dadu kecil dan masukkan dalam tepung tadi.
3.  Gaul dan ramas butter dan tepung itu hingga berderai.
4.  Masuk air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.  Lebih baik diuli atas papan canai yang ditabur tepung.  
5.  Canai doh itu dan diterap bulat besar berdiameter 5".  Teraplah dengan mangkuk besar atau apa saja yang boleh digunakan.  



6.  Potong 4 bulatan itu.  Kelarkan doh itu seperti dalam gambar.




7.  Letak inti kacang merah ditengahnya dan dilipat.  Resipi inti kacang merah di https://csuraya.blogspot.com/2012/11/inti-paste-kacang-merah.html



8.  Sapu kuning telur di atas pastry dan bakar pastry pada suhu 150C selama 15 minit atau hingga kekuningan.








Monday, February 10, 2020

Kerepek Ubi Kayu Rebus


Dah lama tak makan kerepek ini.  Suatu masa dulu, arwah mak aku selalu buat kerepek ini.  


400 gm ubi kayu
500 ml minyak untuk menggoreng
air dan garam secukupnya

1.  Ubi kayu dikupas kulit dan dibasuh bersih.  Dipotong lebih kurang 4" panjang ruasnya.

2.  Masukkan ubi kayu, air dan garam dalam periuk.  Rebus ubi kayu hingga empuk tapi jangan terlalu lembut.  Toskan dan sejukkan.



3.  Hiris nipis ubi kayu yang telah direbus itu.  Jemur ubi kayu itu dibawah panas matahari hingga kering.  

Macam rumah aku yang ada balkoni kecil tentulah sukar nak jemur.  Hari pertama aje jemur di balkoni.  Hari selanjutnya aku keringkan ubi kayu hiris itu di bawah kipas.  Ia memakan 2-3 hari juga untuk kering.

4.  Panaskan minyak dan gorengkan ubi kayu kering itu hingga kekuningan.  Jangan goreng lama sangat.  Api pun tidak boleh kuat sangat sebab kerepek ini mudah jadi hitam.



Selepas goreng, toskan dan simpan dalam bekas kedap udara.  Dulu-dulu arwah mak aku setelah siap semuanya digoreng, dia akan sirakan ubi kayu itu dengan gula pasir atau gula merah yang telah dicairkan dalam kuali.  

Aku lebih suka makan begitu sahaja.  Selain rasa rangup, ia rasa lemak-lemak juga.



Sunday, February 9, 2020

Biskut Buah Kana



150 gm planta
90 gm gula ising
1 biji kuning telur
180 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
1/2 st baking powder
pewarna kuning dan unggu
acuan buah kana
jem secukupnya

1.  Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder.  Ketepikan.


2.  Pukul planta dan gula ising sekejap hingga kembang sedikit.  

3.  Masuk kuning telur.  Pukul lagi hingga sebati.

4.  Masuk campuran tepung tadi.  Uli hingga jadi doh yang lembut.  Bahagi adunan kepada 2 bahagian.  Satu dicampurkan pewarna kuning dan satu lagi dicampurkan pewarna unggu.


5.  Taburkan sedikit tepung gandum dalam acuan buah kana.  Kemudian tekankan adunan ke dalamnya.  Lebih tak apa.  Lepas itu lurutkan adunan lebih itu dengan pisau.  Masa melurut tu adunan dalam acuan akan sedikit renggang.  Itu memudahkan adunan buah kana itu keluar dari acuan apabila dicungkil dengan hujung pisau.  Cungkil perlahan-lahan.


6.  Susun biskut itu atas baking tray yang telah dialas dengan baking paper.  Bakar biskut pada suhu 160C selama 15 minit atau hingga masak.


7.  Bila biskut dah siap semua.  Sapukan dengan jem di bahagian yang rata dan lekapkan dengan satu lagi biskut.  Simpan dalam bekas kedap udara.





Saturday, February 8, 2020

Asam Pedas Ikan Tongsan




1 ekor ikan tongsan
1 cawan cili kisar
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb serbuk kunyit
2 biji terung
3 batang serai
6 helai daun limau purut
sekepal asam jawa
500 ml air
1/2 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Ikan tongsan tu dibersihkan.  Lumur dengan garam dan air limau nipis atau asam jawa.  Biarkan seketika kemudian bilas.





2.  Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar.  Asam jawa diramas dengan sedikit air.



3.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.

4.  Lepas itu masukkan cili kisar, serbuk kunyit dan serai.  Tumis hingga pecah minyak.  Boleh tambah sedikit minyak jika terlalu kering.  Cili tidak akan cantik garingnya jika kurang minyak.

5.  Masuk ikan dan goreng sekejap.  Balik-balikkan ikan itu supaya cili itu meresap ke dalam ikan.  

6.  Kemudian masukkan air asam jawa, air, terung dan garam.  Masakan ini mestilah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.  Masak hingga mendidih dan terung lembut.

7.  Bila mendidih barulah dimasukkan daun limau purut.  Kacau-kacau sikit dan tutup api.  Tutup periuk itu supaya bau daun limau purut itu meresap ke dalam kuah.





Thursday, February 6, 2020

Agar-Agar Lumut Gula Merah




10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula merah
4 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur - dipukul sedikit
2 helai daun pandan
1/4 st garam

1.  Masuk serbuk agar-agar, gula merah, air dan daun pandan dalam periuk.  Masak hingga gula larut. 



2.  Masuk garam, santan dan telur.  Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.  Masak hingga agar-agar itu berketul-ketul.  Tutup api.



3.  Guna loyang saiz 7" dan basahkan dengan air.  Tuangkan adunan itu ke dalam loyang.  



4.  Biarkan agar-agar itu sejuk.  Kemudian masukkan dalam peti ais supaya lebih sejuk.





Wednesday, February 5, 2020

Sagat Ubi Kayu




400 gm ubi kayu
20 gm gula melaka
1 cawan kelapa parut putih
1 helai daun pandan
secubit garam 

1.  Ubi kayu dibersihkan dan disagat.  Perahkan sedikit air kanjinya.  Gula melaka juga disagat.





2.  Gaulkan ubi kayu bersama gula melaka dan garam.  Garam itu bagi seimbangkan rasa aje.  


3.  Alaskan daun pisang yang telah dikoyak-koyakkan dalam loyang kukusan.  Taburkan ubi kayu tadi dan letak daun pandan.  Kukus hingga masak.




4.  Bila telah siap, bolehlah dihidangkan bersama kelapa parut.  Kelapa parut itu boleh dikukus sekejap dalam 5 minit supaya tidak mudah basi.  Gaul sedikit kelapa itu dengan garam.