Saturday, November 14, 2015

Talam Ubi Kayu




Lapisan Bawah :
4 cawan ubi kayu parut (dari 2kg ubi kayu)
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan cair

Lapisan Atas :
150 gm tepung beras
500 ml air
200 ml santan kotak
2 st garam



1.  Setelah ubi kayu diparut, toskan/perahkan airnya. Gaulkan semua bahan untuk lapisan bawah itu. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8"x8" yang telah dilapik dengan plastik dan disapu sedikit minyak supaya mudah dikeluarkan kuih nanti.



2.  Kukuskan lapisan bawah itu hingga masak.







3.  Campurkan semua bahan untuk lapisan atas.  Tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak tadi.  Sebelum itu cakar-cakarkan sedikit permukaan lapisan bawah itu dengan garfu.  Kukuslah ia selama 30 minit.


Bagi mengelakkan wap mengukus jatuh ke atas permukaan kuih, tutupkan permukaan loyang dengan wrapping plastik.









No comments:

Post a Comment