Sunday, November 22, 2015

Donut




Bahan A :
1 sb yeast
1 sb susu pekat
1 sb gula pasir
1 cawan air suam

2 cawan tepung gandum
1 sb planta
1 st baking powder
1/2 st garam

Bahan B :
2 cawan tepung gandum
1 sb planta
1 st baking powder
1/2 st garam

Bahan C:
500 ml minyak masak
1 cawan gula halus

1.  Satukan Bahan A dan biarkan ia mengembang.  Jika selepas 10 minit tiada perubahan itu tandanya yeast itu tidak menjadi.  Buat sekali lagi. 



2.  Satukan Bahan B dan gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti.  



3.  Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B.  Gaul rata.  Tak perlu diuli.  Tutupkan mangkuk adunan itu dan perapkan selama 1 jam.  Adunan akan naik sedikit.



6.  Lepas itu tumbuk bahagian tengah adunan itu bagi mengeluarkan angin.  Adunan sememangnya agak lembik tapi tak perlu ditambah tepung.



7.  Cuma letak sedikit tepung ditapak tangan supaya adunan tidak melekat.  Ambil sedikit adunan itu dan bulatkan.  Leperkan sedikit dan terapkan acuan bulat dibahagian tengahnya bagi membentuk lubang bentuk donut.



8.  Susun donut itu di atas dulang yang telah disapu sedikit tepung.  Biarkan donut itu mengembang sedikit dalam 1/2 jam.



9.  Panaskan minyak dan gorengkan donut itu hingga kekuningan.  Bila bahagian bawahnya telah kuning, barulah diterbalikkan dan digoreng lagi hingga kekuningan. 



10.  Toskan sekejap dan golekkan dalam gula halus tadi.  Adunan ni boleh dapat dalam 12 biji donut.




11.  Ini pula disalut dengan gula pasir halus yang telah digaul dengan serbuk kayu manis.







No comments:

Post a Comment