copy-paste dari fb 'aku sebatang pensil'
Masyallah! Sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi dari bacaan Al-Quran yang mempunyai kesan yang besar pada merawat kanser paling bahaya dan tidak boleh diubati.
"dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman" QS Al-Israk:82
Mungkin ramai di luar sana yang telah didiagnosa menghidap kanser, satu penyakit yang begitu menakutkan sesiapa sahaja. Di Malaysia, penyakit kanser adalah satu dari 10 penyebab kematian. Dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia. Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun. Rasanya setiap orang tahu setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.
Tahukan anda satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?
Sebenarnya ini adalah ilmu yang saya ingin kongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin (semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan) yang diterbitkan dalam Majalah Milenia edisi Februari 2010. Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran terutama dari Surah Al-Fil.
Selepas solat lima waktu, bacalah :
- 1x Surah Al-Fatehah
- 3x Surah Al-Ikhlas
- 3x Selawat ke atas Nabi
- lalu teruskan membaca 21x Surah Al-Fil
Setiap kali membaca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. Setiap kali menghembuskan nafas itu hendaklah ingat maksud dalam hati supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.
Lakukan selama 21 hari selepas solat lima waktu. Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.
Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasuki amalan surah itu ke dalam tubuh badan terutamanya ke tempat kanser tersebut.
Dr. H : Lakukan dengan penuh yakin dan sabar. Harus diingat yang menyembuhkan ialah Allah Taala. Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.
Kredit : Julia PB& quran-m.com
No comments:
Post a Comment