1 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula perang
2 sb baking powder
1 st garam
1 biji telur - dipukul sedikit
1 cawan susu cair
2 sb minyak jagung
1. Campurkan semua bahan dan diadun hingga sebati. Adunan memang agak likat sedikit.
2. Panaskan kuali non-stick. Kalau gunakan kuali biasa pun boleh tapi kuali kena betul-betul panas.
3. Masukkan dalam 1/4 cawan dari adunan tadi. Bergantung pada sebesar mana yang kita hendak. Nak buat sebesar kuali pun boleh gak. Cepat siap kannn...
Pancake ni selalunya dimakan dengan butter, jem ataupun brown maple syrup.
Brown maple syrup
1/2 cawan brown sugar
4 sb butter
1/2 cawan maple syrup (guna madu pun boleh)
Campurkan semua bahan dan masakkan dengan api perlahan sehingga larut.
Lebihan beter pancake ini aku celupkan hirisan bawang besar dan digoreng...Sedap!!!
No comments:
Post a Comment