Kuih ni cukup popular 15-20 tahun dahulu. Bila baru-baru ni terpandang ramai yang mengubahnya menggunakan cheese pula, mulalah aku mencari acuan kuih ni.
Dulu kuih ni disebut Tiwul Ayu (versi Indon)....ada yang sebut baby chiffon dan ada yang sebut puteri ayu. Apapun, kuih ni memang sedap.
Dulu aku suka buat warna hijau dan koko.
1 cawan tepung gandum
1/2 st baking powder
1 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1 st ovelette
1/2 cawan santan
1/2 biji kelapa parut - putih sahaja
1 sb tepung jagung
sedikit garam
10 helai daun pandan/pewarna hijau + perisa pandan
1 st serbuk koko
1. Daun pandan dikisar bersama santan/susu cair dan diperah, ambil jusnya. Ketepikan.
2. Tepung gandum dan baking powder diayak bersama. Ketepikan.
3. Gaulkan kelapa parut, tepung jagung dan garam. Ketepikan.
4. Telur dan gula dipukul hingga gebu. Masuk ovelette. Pukul lagi.
5. Masuk air pandan tadi. Pukul lagi dan akhir sekali masuk tepung. Jika menggunakan serbuk koko, masukkan santan bersama serbuk koko diikuti dengan tepung. Lepas tu, pukulkan lagi hingga sebati.
6. Brushkan setiap acuan dengan minyak supaya kuih mudah dikeluarkan nanti. Masukkan sedikit kelapa parut tadi dan ditekankan sedikit supaya padat.
Masukkan adunan tadi mengikut paras acuan dibahagian dalam. Kemudian kukus di dalam pengukus yang telah dididihkan airnya. Kukus dalam 10 minit.
My fav ni..
ReplyDeleteMy fav ni..
ReplyDelete