Bahan A :
600 gm kentang
1" halia - diparut
1/2 st jintan manis
1 biji cili hijau / 2-3 biji cili padi - dicincang
1/4 cawan bawang besar yang didadu kecil
2 pokok daun bawang - dihiris
1 tangkai daun kari - dihiris
1/4 cawan tepung jagung
garam secukup rasa
Bahan B:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan air
1 cawan serbuk roti
1 cawan minyak untuk menggoreng
1. Kentang dibuang kulit, dipotong 4 atau 8 dan direbus hingga empuk. Toskan hingga betul-betul kering dan lecek kentang itu hingga hancur.
2. Kemudian campurkan kentang itu bersama semua Bahan A yang lain. Gaul hingga sebati.
4. Campurkan tepung beras dengan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi beter yang sesuai boleh menyalut pada bebola kentang tadi.
5. Kemudian golekkan bebola kentang itu pada beter tadi dan seterusnya salutkan dengan serbuk roti.
6. Panaskan minyak dan gorengkan bebola kentang itu hingga garing kekuningan.
Cicah dengan sos dan sedialah nikmatinya semasa hangat.
No comments:
Post a Comment