Sunday, November 15, 2015

Hash Brown Potatoe



500 gm kentang
1 liter air
2 sb corn syrup atau 2 sb gula
1/4 cawan tepung beras
2 sb tepung jagung
1 st serbuk bawang putih
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Parut kentang dan rendamkan dalam air ais lebih kurang 2 jam.  Lepas itu keringkan airnya.  Boleh ditekap dengan paper towel ataupun diperah dengan kain muslin.  



2.  Masukkan air, corn syrup atau gula dan garam ke dalam periuk.  Masak air itu hingga menggelegak.  Masukkan kentang parut tadi.

3.  Masak 3-4 minit sahaja dan masukkan segera kentang itu ke dalam air ais dalam 5 minit bagi menghentikan proses memasaknya.  Kemudian perahkan kentang itu.



4.  Satukan kentang, tepung beras, tepung jagung dan garam.  Kalau nak masuk lada hitam pun boleh.  Gaulkan hingga sebati.



5.  Ambil 1/3 cawan adunan itu dan masukkan dalam acuan.  Tekan-tekankan hingga padat.  Boleh dibentukkan ikut suka.  
Simpan dalam petisejuk 2-3 jam atau hingga keras.  


6.  Panaskan minyak dan gorengkan hash brown potatoe itu hingga kekuningan.  Toskan.  Hidangkan dan makan dengan cili sos.





No comments:

Post a Comment