Tuesday, November 4, 2014

Serunding Kacang Dhal


1/4 cawan kacang dhal
1 biji kelapa parut (putih)
4 ulas bawang merah 
2 sb cili kisar
1 cawan daging (kalau suka)
2 sb minyak 
garam

Bahan kisar :
3 batang serai
2" lengkuas
2" halia
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sb udang kering
2" kunyit hidup / 1 st serbuk kunyit

1.  Kacang dhal direndam semalaman.  Toskan.  Goreng kacang dhal tu.  Ketepikan.  

2.  Kelapa parut disangai hingga ringan tapi jangan terlalu kering.  Ini bagi mengelakkan serunding ni jadi cepat basi.  Ketepikan.

3.  4 ulas bawang merah tadi dihiris dan dibuat bawang goreng.  Ketepikan.

4.  Keluarkan minyak lebihan buat bawang goreng tadi dan tinggalkan dalam 2 sb.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili kisar hingga naik bau dan pecah minyak.  Masukkan daging jika hendak dicampurkan daging.

5.  Masukkan kelapa parut dan gaul rata hingga semua bahan sebati.  Lepas tu masukkan garam.  Gorengkan hingga serunding tu hingga ringan dan berderai tapi tidaklah terlalu kering.  Tutup api dan masukkan kacang dhal goreng tadi bersama bawang goreng.  Gaul rata.







No comments:

Post a Comment