Sunday, November 9, 2014

Kacang Dhal Goreng



300 gm kacang dhal malawi atau dhal gram
2 batang serai 
4 tangkai daun kari
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

Bahan tumbuk/kisar :
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb udang kering
1 sb jintan manis
1/2 sb jintan putih
1 sb ketumbar

1.  Rendam kacang dhal semalaman.  Bilas dan toskan.  Kemudian digaulkan dengan bahan tumbuk.  Serai dititik dan dicarik-carikkan.


2.  Panaskan minyak dan gorengkan kacang dhal tu hingga garing. Sambil tu masukkan serai dan daun kari bagi mendapatkan aroma yang wangi.  Jangan digoreng terlalu lama nanti kacang dhal akan jadi keras.  

3.  Masa masih panas tu selepas ditos, taburkan garam.


Kalau nak pedas, boleh dimasukkan cili kering yang dipotong-potong semasa menggoreng atau taburkan cili flakes bersama garam.


No comments:

Post a Comment